Wednesday, July 23, 2008

Cuti Berganti Hari Raya Puasa Aidilfitri 1429H

Sekolah telah memohon cuti berganti sempena perayaan di atas dan tarikh gantian cuti adalah seperti berikut :

1) 26 Julai 2008 (Sabtu) menggunakan j/waktu Isnin
2) 9 Ogos 2008 (Sabtu) menggunakan j/waktu Jumaat

Sekian, harap maklum.

Monday, July 21, 2008

Tahniah!! Pasukan Dikir Barat Sekolah

Tahnaih diucapkan kepada pasukan Dikir Barat Sekolah kerana berjaya mendapat Johan dalam Pertandingan Dikir Barat peringkat Pulau tahun ini. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru penasihat yang terlibat.

Syabas dan teruskan kejayaan anda ke peringkat Negeri Sabtu ini (26 Julai 2008).

Pemulangan Fail LDP

Kepada semua staf SMKAI

Fail tuan/puan/cik sudah boleh dituntut balik di kaunter pejabat mulai hari ini (21.7.08). Salinan kad LDP tuan/puan/cik akan dihantar ke JPN untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih.

Friday, July 18, 2008

LDP Panitia Sivik dan Moral

Untuk makluman semua, satu LDP akan dijalankan bersama oleh Panitia Sivik & Kewarganegaraan serta Panitia Pengetahuan Moral seperti berikut :

Tarikh : 19 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat
Tajuk : 1) Kursus Orientasi Kurikulum T5
2) Integriti dan Akauntabiliti dalam Perkhidmatan Awam
3) Etika Profesion dan Pengurusan Imej

Staf yang berminat boleh mendaftar dengan Pn Wan Nor Idayusni atau Pn Hasnah.
Terima kasih.

Wednesday, July 9, 2008

LDP (Panitia Bahasa Inggeris)

Panitia BI akan menganjurkan satu LDP seperti berikut :

Tarikh : 19 JULAI 2008 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Makmal Komputer MIMOS
Tajuk LDP : Movie Maker
Penceramah : En Andrew Leong

Tempat Terhad kepada 20 sahaja. Sila daftar dengan Pn Chuan MB, Ketua Panitia BI.

Friday, July 4, 2008

Penyerahan Kad Pelaporan Kehadiran Kursus

Semua staf akademik dan bukan akademik diminta menyerahkan Fail Kehadiran Kursus ke pejabat (u.p. Cik faridah) selewat-lewatnya 10 JULAI 2008 (Khamis). Sila pastikan fail tersebut mengandungi kad biru (yang terisi) dan semua dokumen sokongan kehadiran kursus.

Terima kasih.

Tuesday, July 1, 2008

Taklimat PTP (Speaking Component)

Kepada semua guru yang terlibat,

Satu penerangan/taklimat akan disampaikan oleh Pn Chew TT pada 3 Julai 2008 (Khamis) jam 1.30 ptg (selepas taklimat Hari Perjumpaan Waris) di Bilik Mesyuarat berkenaan perkara di atas. Guru-guru yang hendak mengetahui "tip" dijemput hadir.

Hari Perjumpaan Waris

Kepada semua warga sekolah,

Hari Perjumpaan Waris akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 5 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 8.00 - 11.00 pagi
Tempat : Kantin (sesi pagi)
Dewan (sesi petang)

Guru-guru mesti hadir pada 7.30 pagi. Satu taklimat untuk semua guru tingkatan akan diadakan pada 3 Julai 2008 (Khamis) jam 1.10 tgh di Bilik Mesyuarat. Sekian, terima kasih.