Monday, September 30, 2013

Kem Motivasi Pengawas



Lembaga Pengawas SMK  Air  Itam telah mengadakan Kem Motivasi Pengawas dan Jamuan Perpisahan Pengawas di Bukit Bendera selama 2 hari dan 1 malam dari 21 hingga 22 September.

Kem Motivasi Pengawas telah diadakan pada 12:00 – 4:00 petang di kawasan Bukit Bendera.Semua pengawas turut hadir pada hari itu dan menyertai permainan Treasure Hunt.

Pada 7:00 malam, Jamuan Perpisahan telah diadakan di Bellevue Hotel.Pengawas-pengawas Tingkatan Lima dan AJK Pengawas 2013/14 hadir ke jamuan tersebut.

Sunday, September 29, 2013

KEM SUKAN (1 MURID 1 SUKAN)




Kem ini bertujuan untuk melatih pelajar bagi meningkatkan kemahiran ,pengetahuan dan pengurusan dalan setiap bidang sukan yang diberikan. Selaras dengan objektif program 1M1S, kem ini akan meningkatkan kecergasan jasmani pelajar, membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni pelajar, memupuk perpaduan di antara kaum dan membentuk budaya sukan di kalangan murid. 

Program ini dilaksananakan pada  28 Sept. 2013 bertempat   di SMKAI jam 7.30 pagi – 5.00 petang

Program ini dikelolai oleh 8 orang guru dan disertai 20 orang pelajar. antara permainan yang diadakan dalam program ini ialah  sepak takraw, bola keranjang, badminton dan futsal.

Friday, September 27, 2013

Lawatan Sambil Belajar ke PSDC


Pelajar-pelajar 5S1 & 5S2 SMK Air Itam membuat lawatan sambil belajar ke PSDC pada 25.09.2013 dari pukul 8:00 pagi – 12:00 tengah hari. Gambar bersama diambil setibanya di PSDC, kemudian Cik Tan Yin Hooi, Acting Assistant Manager, Marketing & Communications PSDC memberi taklimat ringkas tentang aturcara lawatan. 

Kemudian pelajar-pelajar diagihkan kepada dua kumpulan mengikut minat masing-masing. Satu kumpulan dilatih membuat ‘ Construction of Energy Storage’ manakala satu kumpulan lain dilatih membuat cable internet. Akhirnya, PSDC memberi setiap pelajar sebuah recycle bag dengan risalah info PSDC.

Lawatan ke DIY Training Centre di Bukit Mertajam



38 orang pelajar-pelajar Cina SMK Air Itam  membuat lawatan sambil belajar ke DIY Training Centre di Bukit Mertajam pada 26.09.2013 dari pukul 9:00 pagi – 12:30 tengah hari. En System Tan , taukeh DIY Training Centre mencerita tentang kehidupannya dari seorang yatim piatu yang tidak suka membaca sehingga menjadi seorang peniaga yang berjaya. Beliau menasihati pelajar-pelajar bahawa’ In real life, we can’t control our birth, but we can control our attitude and change our future’ dan ‘ Successful people agree that everyone must be successful in attitude’. Beliau menekankan bahawa sikap  boleh mengubah nasib seseorang. DIY Training Centre menggunakan Bahasa Mandarin untuk mengajar, jadi beliau menasihati pelajar-pelajar Cina yang lemah dalam pelajaran jangan putus asa, masa depan mereka masih cerah jika mereka menumpu kepada kemahiran. Pelajar-pelajar berasa berkeyakinan menghadapi masa depan mereka.