Thursday, October 31, 2013

Wednesday, October 30, 2013

Tuesday, October 29, 2013

Bengkel Robotic Dan Manicure

 
 


20 orang pelajar Tingkatan 3 SMK Air Itam menyertai Bengkel Robotic
Dan Manicure daripada DIY Training Centre pada 25.10.2013 dari 
pukul 7:30 – 12:30 tengah hari di Perpustakaan Sekolah.En Hayden 
Khor dan En H’ng Kai Lik mengajar pelajar-pelajar lelaki cara  dan
panduan untuk membina robot manakala Cik Suyi Tan mengajar 
pelajar-pelajar perempuan cara untuk melukis corak atas kuku jari
atau tangan seperti bunga,anggur, ikan dan sebagainya.


Jamuan Akhir Tahun 2013

 

Monday, October 28, 2013

Ceramah Kesihatan & Kecantikan Michito Beauty Academy




 
Pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Air Itam mengikuti Ceramah Kesihatan & Kecantikan Michito Beauty Academy pada 24.10.2013 dari 10:10 – 12:10 tengah hari di dewan sekolah.Cik Amy Lee dari Michito Beauty Academy menerangkan cara untuk menghapuskan toksid badan. Beliau menyuruh pelajar minum air yang mencukupi, tidur sebelum 11 malam, bersenam. Beliau juga mengajar pelajar cara melihat warna  dan tahap kekerasan tahi untuk menentukan tahap kesihatan badan. Cik Lee juga menunjukkan cara untuk mencuci muka yang betul. Kemudian Cik Crentz Chor, Pengurus Pemasaran Michito menerangkan kursus yang ditawarkan di akademinya. Akhir sekali, pelajar yang berminat mendapat satu baucer untuk cuci muka yang percuma untuknya dan ibu.

 

Bengkel Cake Decoration



60 orang pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Air Itam mengikuti bengkel Cake Decoration daripada Chef Ridzuan dari Kolej KDU pada 23.10.2013 dari pukul 10:10 pagi – 12:10 tengah hari di kantin sekolah. Chef Ridzuan mengajar cara untuk menghiasi kek dengan krim, coklat, buah-buahan , almond, daun pudina .Beliau memberitahu pelajar bahawa kek tidak boleh ‘over decorated’ . Beliau juga tunjuk cara untuk membuat bentuk bunga dengan krim manakala pelajarnya, Noor Allea binti Adam dan Umadarshini a/p Gunendran datang membantu pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar gembira kerana dapat menghiasi kek dan berpuas hati dengan hasil sendiri.

Ceramah Mind Mapping



Pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Ait Itam mengikuti Ceramah Mind Mapping daripada En Loh Hean Seong dari PSDC pada 25.10.2013 dari pukul 8:30 – 10:30 pagi di Dewan SMK Air Itam. En Loh Hean Seong dengan Cik Elly Teo dari PSDC memberi ceramah tentang mind mapping. En Loh memulakan ceramah dengan  ice breaking. Beliau memberi pelajar 2 minit untuk mengingatkan kembali nombor,  kemudian beliau memberi 1 minit untuk mengingat kembali nama objek dalam urutan. Seterusnya En Loh memberi 3 minit untuk pelajar mengingat kembali seberapa banyak yang boleh benda-benda yang mereka lihat tadi. Setelah itu, En Loh menerangkan apa itu mind mapping, kebaikan mind mapping dan cara untuk membuat mind mapping. Kerja kumpulan diagih kepada pelajar-pelajar untuk membuat mind maping tentang tajuk ‘ Happiness’
 

Lawatan Sambil Belajar ke Kolej Han Chiang



Pelajar-pelajar Tingkatan 3 membuat lawatan sambil belajar ke Kolej 
Han Chiang pada 22.10.2013 dari pukul 9:30 – 12:30 tengah hari. 
Pelajar-pelajar pergi dengan Bas Kolej Han Chiang. Cik Ong Pui 
Mun mengagihkan pelajar kepada 2 kumpulan. Pelajar lelaki
pergi mengikuti kursus automotif yang diberi oleh En Ahmad Abi 
Wildan bin Marjan dan pelajar perempuan pergi mengikuti penerangan
kursus oleh En Nicolas Ong Teik Hin dan menonton video klip hasil 
karya pelajar Mass Communication Kolej Han Chiang. Kemudian
semua pelajar mengikuti taklimat Cik Goh Boon Ping mengenai cara
menjadi seorang juruhebah yang baik. Ada pelajar pergi berlatih 
menjadi  juruhebah.Selepas itu, mereka pergi melawat ke Han
Chiang’s Chinese Herritage Centre. Gambar bersama merupakan 
acara kemuncak di akhir lawatan hari ini.