Wednesday, April 30, 2014

Minggu Sains & Matematik

















Minggu Sains dan Matematik 2014

Tarikh : 21hb - 25hb April 2014
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Quiz Matematik dan Sains, Pertandingan Payung Terjun, Pertandingan Solar Car, Pameran Sains dan Matematik, Pertandingan Suduko, Pertandingan GMath. Tayangan Gambar Sains dan Matematik, Pelancaran Program Angel dan Hero.

Tuesday, April 29, 2014

KARNIVAL BAHASA TAMIL NEGERI PULAU PINANG







Pada hari Sabtu yang lalu (26 April 2014) Karnival Bahasa Tamil telah diadakan di SMK TASEK SIMPANG AMPAT. Sebanyak 4 Petandingan telah diadakan. Pelajar sekolah kita telah mengambil bahagian dalam 3 pertandingan  iaitu Tirukkural 2 pelajar, mendeklamasi sajak Seorang pelajar dan Kuiz  2 orang pelajar. Sekolah kita peroleh satu hadiah sagu hati dalam pertandingan mendeklamasi sajak Tahap 1.

Kalaiaresan merupakan pelajar  POL dan bukannya dari sekolah Tamil.

AKTIVITI PANITIA DAN PERSATUAN BAHASA TAMIL










Pada hari Jumaat yang lalu Panitia dan Persatuan  Bahasa Tamil telah mengadakan suatu aktiviti motivasi kepada pelajar-pelajar India bertempatkan di bilik  Bahasa Tamil. Program ini telah dijalankan oleh penceramah yang dijemput dari SMK Hi Tech Kulim Kedah. Seramai 65 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam ceramah motivasi ini.

Program  : Ceramah Motivasi

Tarikh : 25/4/2014

Tempat : Bilik Bahasa Tamil
Penceramah : Pn. Santhi Baskaran (SMK Hi Tech Kulim, Kulim, Kedah)

Sumbangan Tunai kepada Choong Kai Sheng




Choong Kai Sheng, pelajar  kelas 4A SMK Air Itam akan pergi menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Besar Kuala Lumpur pada bulan September ini. Kos pembedahannya berjumlah RM 20 000.00. Keluarganya minta bantuan daripada  Guang Ming Daily. Pelajar dan warga pendidik di SMK Air Itam telah menghulurkan bantuan kewangan kepada pelajar tersebut.        Jumlah derma warga pendidikan SMK Air Itam berjumlah RM 1500.00 sementara para pelajar SMK Air Itam telah menyumbang sebanyak RM  343.00. Mrs.Phuah, bekas pengusaha kantin SMK Air Itam telah menderma RM 100.00 . Yeoh Pei Ling ,bekas pelajar SMK Air Itam pula menderma RM 20.00.

Disamping itu, warga pendidik SMJK Perempuan Cina Pulau Pinang juga prihatin dan menghulurkan bantuan berjumlah RM 2500.00 yang telah diserahkan oleh Cik Lim Kim Hwang dan disaksikan oleh Dr. Arunasala Pandy a/l Karuppusamy, Pengetua SMK Air Itam pada 28.04.2014.

Saturday, April 26, 2014

Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Timur Laut 2014









Tajuk                           : Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah
                                     Timur Laut 2014
Tarikh                          : 26.04.2014
Masa                            : 8:00 pagi – 2:00 petang
Penganjur                    : Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut
Bil. Peserta                  : 300 orang
Tempat                        : Dewan SJKC Sin Kang
Perasmian                    : Dr Arunasala Pandy a/l Karuppusamy,
                                     Pengetua SMK Air Itam.
Penceramah                 : Tn Haji Suhaimi bin Saidin, 
                                     Pengetua SMK Seri Murni  
Sekolah Terlibat          :   1. SMK Air Itam
                                      2. SK Seri Indah
                                      3. SK Sri Aman
                                      4. SK Ayer Itam
                                      5. SJKCSin Kang                              
                                      6. SJKC Chiao Nan
                                      7. SJKT Rajaji

Tajuk Ceramah            : 1. Pelan Integriti Nasional

                                    2. Pembudayaan Integriti Dalam Pendidikan

Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Cina








Masa : 8.00 pagi
Bilangan Sekolah yang mengambil bahagian : 31 
Tarikh : 26 April 2014 (Hari Sabtu)
Anjuran: Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
Tempat Pertandingan : Dewan SMJK Union Pulau Pinang

Pertandingan Solar Car











Pertandingan Solar Car  merupakan satu projek daripada Projek Sains dan Matematik. Pertandingan ini  diadakan pada 25 April 2014, Jam 11.30 pagi di gelanggang bola keranjang sekolah. Pengadil- pengadil dalam pertandingan ini adalah Encik Soo Cheng Hooi, Pn Noorzaihan Buyong dan Pn Chulailat. Terdapat 6 kumpulan terlibat dalam pertandingan ini.