32 orang pelajar-pelajar SMK Air Itam menghadiri
Bengkel Membuat Pizza di Kolej ATI pada 26.05.2014 dari pukul 8:30 – 11:30
pagi. En Tan Ban Chang, Pensyarah kulinari Kolej ATI memberi tunjukajar cara
untuk membuat pizza. Pelajar-pelajar Kolej ATI juga turut memberi bantuan
sebagai pembimbing kepada pelajar-pelajar SMK Air Itam. En Jonny Goh juga
memberi taklimat tentang rahsia kejayaan kepada pelajar-pelajar sementara
menunggu pizza masak. Pelajar-pelajar berasa gembira kerana dapat menikmati
pizza buatan sendiri di samping belajar membuat pizza.