Satu soal selidik tentang“ Sikap terhadap pekak dan orang pekak di kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia” telah dijalankan oleh Dr Tan Chee Seng dari UTAR kepada murid-murid 1S1, 1S2, 2S1 dan 2S2 SMK Air Itam di kelas masing-masing dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi. Murid-murid mendapat satu cenderahati selepas menghantar borang soal selidik. Soal selidik telah dijalankan dengan teratur dan berdisiplin.