Dah bosan dengan wajah lama blok kita. Ini merupakan wajah barunya. Saya harap semua akan menyukainya.
Selepas cukup sebulan blok ini tidak dikemaskini, saya kembali untuk mengemas halaman SMKAI yang agak tidak terurus. Apa boleh buat, kursus PTKlah. Pengalaman kursus ini memang cukup tension dan menakutkan. 3 hari penuh dengan kuliah-kuliah yang padat dan diikuti dengan penilaian demi penilaian mulai hari ke 4. Tidur tak cukup (sebab tension) makan tiada selera. 1st kelas punya mutu makanan tetapi lowest kelas punya variety. Fahamlah, 8 hari duduk di hotel yang sama.
Kerajaan membelanja RM 120 untuk setiap peserta sehari. Sila kira berapa duit yang dibelanjakan untuk 140 orang peserta untuk 8 hari untuk 9 pusat sebuah negeri dan 10 kali satu tahun? Meletupkah kalkulator?
Kerajaan sepatutnya batalkan kursus ini. Walaupun input kursus ini tidak kurang, tetapi input tidak setara dengan output.
Walau bagaimanapun, mengikut satu sumber yang boleh diharapkan, kononnya kursus PTK DG44 akan diubah ke bentuk objektif mulai tahun depan.
Harap-harap begitulah!
Sunday, June 22, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)