Thursday, November 27, 2008

Penghargaan Kepada Guru2 yg bertukar

Bagi pihak sekolah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang bertukar ke sekolah lain mulai 2009. Ini termasuk Pn Vijaya (Guru Pengawas/Disiplin), Cik Atiqah (Guru Akaun dan MC untuk segala majlis sekolah), Pn Suzana (Guru KH dan Penasihat KRS), Pn Usha (Guru B Tamil), Pn Rosemawati (Guru KH yang sangat senior di SMKAI), Pn Wan Nor Idayusni (Ketua Panitia Sivik), Cikgu Effendi (Guru Kaunseling), Pn Wanis (Guru Mate Tambahan), En Liew TF (Guru KH), Pn Rozita (Guru Sains), dan Cikgu Khairul Nizam (Guru Disiplin yg dihormati para pelajar).

SMK Air Itam mengucapkan terima kasih kepada jasa dan bakti yang tuan/puan curahkan sepanjang tuan/puan berkhidmat di sekolah.

Thursday, November 13, 2008

Borang Laporan Prestasi 2008

Semua guru/staf dikehendaki mengisi satu borang tambahan (Borang Laporan Prestasi) yang ada di kaunter pejabat untuk dihantar sekali dengan Borang Prestasi. Tujuan borang tambahan ini adalah sebagai dokumen sokongan kepada sumbangan/pencapaian kita pada tahun 2008. Dokumen sokongan ini diperlukan demi memperolehi prestasi cemerlang dalam penilaian prestasi tahun semasa.

Terima kasih.

Monday, November 10, 2008

Borang Maklumat Pelabelan Guru

Semua guru TETAP diminta mengisi dan menghantar borang tersebut di atas kepada Cik Faridah sebelum 14 NOV 2008. Borang boleh diperolehi di pejabat sekolah.

Penghantaran Fail LDP

Semua staf diingatkan supaya menghantar Fail LDP yang mengandungi
 kad rekod LDP (Kad Biru)
 semua dokumen sokongan kehadiran LDP

kepada Cik Faridah sebelum 14 NOV 2008