Pelancaran Program Polisi Sekolah Selamatoleh Tuan Pengarah JPN Pulau Pinang
Selamat datang Tuan Pengarah JPN Pulau Pinang ke SMK Air Itam.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah
Selamat untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari mana-mana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam.
Pada awal bulan Julai 1994, Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju melaksanakan projek pembinaan Sekolah Menengah Air itam dengan perbelanjaan sebanyak RM7,861,500.00. Pada bulan Ogos 1994, pihak JKR telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bahawa syarikat Farlim (M) Sdn. Bhd. telah ditawarkan untuk membina Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam.
Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam telah siap dibina pada penghujung tahun 1995 dan pada bulan Disember 1995, Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam dibuka dengan 11 buah kelas (4 kelas Peralihan dan 7 kelas Tingkatan 1) bersama-sama dengan 370 orang pelajar.