Friday, December 30, 2011

Program Orientasi Pelajar Baru














Program Orientasi pelajar baru SMK Air Itam diadakan pada 30 Disembar 2011 (Jumaat) dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Seramai 182 orang pelajar dan lebih kurang 100 orang ibu bapa menghadiri program ini.

Semua pelajar ditempatkan di dewan sekolah, semua pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan. Program kenali guru sesi petang dan taklimat peraturan sekolah diadakan dari pukul 9.15 pagi sampai 9.40 pagi. Selepas itu, satu Ujian Diagnostik diadakan di kelas masing-masing.

Semua ibu bapa pula ditempatkan di bilik gerakan. Taklimat dimulakan oleh Pengetua, pengetua menerangkan misi dan visi sekolah, kemudahan sekolah, carta organisasi sekolah dan program-program yang dijalankan oleh SMKAI kepada semua ibu bapa. Selepas itu, Penolong Kanan Pentadbiran pula memberi taklimat tentang keputusan yang dicapai oleh pelajar dalam Peperiksaan PMR dan SPM. PK Hem pula memberi taklimat tentang hal ewal pelajar. PK kokurikulum pula menerangkan tentang pretasi yang baik yang dicapai oleh pelajar dalam kokurikulum. PK petang pula menerang waktu persekolahan dan undang-undang perlu dipatuhi oleh pelajar baru, beliau juga berharap semua ibu bapa memberi sokongan yang penuh kepada sekolah. Taklimat diakhiri oleh ucapan Inspektor Ravi dan pengerusi PIBG.


Tuesday, December 27, 2011

Tuesday, December 20, 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.


Saturday, December 17, 2011

Merry Christmas




Please on the speaker


Saturday, December 10, 2011

SBPA tingkat motivasi penjawat awam

INTI pati pekeliling skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang baru diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilihat sebagai cukup menyeluruh dan mampu menjadi pelengkap kepada transformasi perkhidmatan awam yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah sebelum itu sudah memperincikan inti pati pelaksanaan SBPA ini bagi menjelaskan isi kandungan menyeluruh skim baru ini.
Antara perkara yang menarik dalam SBPA ini ialah skim ini diyakini akan membuka laluan penting kepada pelaksanaan transformasi perkhidmatan awam melalui lima inisiatif utama iaitu perkhidmatan awam yang kejat, kepemimpinan dinamik, modal insan berkualiti, perkhidmatan awam yang fleksibel dan saraan yang lebih kompetitif.

Hal ini dapat direalisasikan melalui pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan menyeluruh ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

Skim baru ini juga bakal menghargai individu penjawat awam berdasarkan kebolehan, kemampuan dan kepakaran yang dimiliki melalui penambahan empat prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut kumpulan perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi.

Justeru diharapkan agar pelaksanaan SBPA yang dijadualkan bermula tahun depan akan meningkatkan lagi motivasi dan semangat penjawat awam untuk terus berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan dan prestasi kerja masing-masing.

Saturday, December 3, 2011

DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Perincian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di bawah Dasar MBMMBI adalah seperti berikut:

SEKOLAH MENENGAH

4.4.1 Tahun 2012
i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.2 Tahun 2013
i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.3 Tahun 2014
i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.4 Tahun 2015
i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.5 Tahun 2016
i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.6 Tahun 2017
i. Tingkatan Satu menggunakan BM sepenuhnya; dan
ii. Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.7 Tahun 2018
i. Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua menggunakan BM sepenuhnya; dan
ii. Tingkatan Tiga hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.8 Tahun 2019
i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga menggunakan BM sepenuhnya; dan
ii. Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.9 Tahun 2020
i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat menggunakan BM sepenuhnya; dan
ii. Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.10 Tahun 2021 dan seterusnya
i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya.

Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik bagi Tingkatan Enam Rendah, Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi diteruskan dalam bahasa Inggeris.