Tuesday, June 30, 2015

World Class Creative Seminar & Digital Printing









The One Academy mengadakan World Class CreativeSeminar& Digital Printing Presentatuion kepada murid-murid 4P1, 4P2, 5P1 & 5P2 SMK Air Itam di dewan sekolah pada 29.06.2015 jam 10:05-1:05 petang. Cik Kathy menerang tentang kursus yang ditawarkan di The One Academy dan anugerah yang diperoleh. Beliau juga menayangkan gambar yang menunjukkan cara animasi dibuat.Bekas pelajarnya, Zyrex Lim menunjukkan cara  melukis watak dengan pen dan mesin cintiq yang bernilai RM 10 000.00 lebih. Cik Kathy juga menayangkan karya animasi pelajar-pelajarnya. Murid-murid sekolah kita juga melukis watak yang diminati oleh mereka. Adik Ng Boon Kai dari kelas 4P1 mendapat sekeping CD hasil karya animasi pelajar daripada The One Academy atas lukisan wataknya yang cantik.

Karnival Bahasa Tamil









Pada 27.6.2015 , Pelajar Yang Bernama Kalaiyasearan

A/L Thanggavelu  Dan Sreety A/P Isuwaran Telah Berjaya 

Memenangi   Johan Dalam  Karnival Bagi Tahap 2. 

Saturday, June 27, 2015

Hari Perjumpaan Waris Tahun 2015















Tarikh   : 27 Jun 2015
Hari      : Sabtu
Masa    : 9.00- 11.15 Pagi
Tempat : i )Dewan SMK Air Itam
               ii) Kantin Sekolah

Friday, June 26, 2015

Ceramah Kerjaya oleh Infogenius




Ceramah Kerjaya untuk kelas 5P1, 5P2 & 5M SMK Air Itam telah dijalankan di dewan sekolah oleh Infogenius. Pn Loo dan Cik Leha menerangkan   perbezaan  antara akademik dan kemahiran. Infogenius menawarkan Diploma dalam Industrial Automation Engineering dan Insdustrial Electronic Engineering.Pn Loo juga menayangkan gambar bekas murid sekolah yang telah berjaya menjadi jurutera dan juruteknik . Cik Leha juga menasihati murid supaya belajar bersungguh-sungguh demi berjaya dalam SPM,
jangan putus asa jika keputusan akademik tidak memuaskan. Negara Malaysia memerlukan 50% tenaga mahir pada tahun 2020. Jadi belajar kemahiran juga merupakan satu peluang yang baik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Thursday, June 25, 2015

TAKLIMAT SEJARAH PT3 TAHUN 2015






TARIKH :    24-6-2015
TEMPAT :    DEWAN SEKOLAH SMK AIR ITAM
SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 TERLIBAT

Guru Kanan Kemanusiaan Encik Mursalin Ramli memberi 
 arahan kepada Semua pelajar tingkatan 3 di dewan . 
Encik Mursalin memberitahu pelajar bahawa Tugasan 
Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Sejarah wajib 
dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2015.

Pelajar diingatkan selalu menjaga disiplin 
semasa membuat tugasan PT3. Pelajar dimaklumkan 
bahawa penghasilan tugasan PT3 ini dalam tempoh 
lapan waktu pengajaran dan pembelajaran dari 
28 Jun hingga 10 J ulai 2015.      

Ketua Panitia Sejarah Cik Khoo Kheng Ghim memberi 
taklimat kepada calon mengenai tugasan dan perinciannya.
Cik Khoo memberitahu pelajar bahawa hasil kerja mestilah
merupakan hasil usaha sendiri dan tidak tiru daripada mana-mana pihak. Tiada tugasan ulangan dan peruntukan masa 
tambahan.
                      
Cik Khoo memaklumkan kepada pelajar melaksanakan
aspek tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan. 
Selalu gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan sebagai 
panduan melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat
skor cemerlang.      

TAKLIMAT PELAKSANAAN PT3 GEOGRAFI 2015



TARIKH : 16 JUN 2015
MASA  : 7.40-8.40 PAGI

PENCERAMAH: 1. PN NURZAINI BINTI ABDUL MAJID
                           2. ENCIK ANG BIN JUN

KEHADIRAN : 1. PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
                         2. GURU KANAN MATA PELAJARAN
                         3. GURU-GURU TINGKATAN 3
                         4. SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3

Ketua Panitia dengan bantuan Guru Geografi PT3 memberi 
penerangan tentang tugasan PT 3 Geografi Pelbagai Instrumen.
Tajuk Tugasan tahun ini adalah tentang kajian kes Kegiatan
ekonomi di kawasan sekolah atau tempat tinggal pelajar. 

Pelajar-pelajar diberi penjelasan tentang tugasan yang 
perlu dibuat. Pelajar-pelajar juga diingatkan tentang
pentingnya kehadiran sepanjang tarikh pelaksanaan PT3 
Geografi ini iaitu mulai 21 Jun hingga 3 Julai.  Tugasan
ini akan dilaksanakan dalam waktu 8 PdP. Semua bahan
penulisan akan dikutip balik di akhir setiap waktu PdP.

Sepanjang taklimat di beri pelajar-pelajar di dedahkan 
kepada komponen-komponen yang perlu di lengkapkan
untuk menghasilkan satu kajian kes. Pelajar-pelajar 
juga diingatkan supaya mencari bahanbahan yang 
diperlukan untuk membolehkan mereka menghasilkan
tugasan tersebut.


Tuesday, June 23, 2015

Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Bulan Mei 2015 Sesi Petang




Kelas Gemilang : 1A
Kelas Impian.    : 1S2
Kelas Impian.    : Peralihan A

Penyampaian Hadiah Bacaan Nilam Terbanyak Bulan Mei



Tempat Pertama : Aliya Binti Ahmad (1B)

Tempat Kedua : Chiang Yong Shen (PB)

Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Sesi Pagi





Penganugerahan Kebersihan bagi bulan Mei dimenangi oleh:

1. Anugerah Gemilang : 4SN
2. Anugerah Impian : 3S2, 3B, 4A, 5G, dan 5P1

Monday, June 22, 2015

LAWATAN KE RUMAH ORANG TUA UZUR

















Tarikh    : 20 Jun 2015
Masa      : 7.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat  : Rumah Orang Tua Uzur Pulau Pinang 

Objektif : Menyemai nilai-nilai kasih saying , belas kasihan , 
bekerjasama dan membalas budi di kalangan pelajar.

Aktiviti  : Ahli-ahli Briged Puteri , Briged Putera , Persatuan 
Pengguna dan Oketra Cina telah menjalankan kerja amal 
seperti membersihkan sekeliling kawasan , membuat
persembahan seperti menari , menyanyi dan bermain 
alat muzik . Ahli-ahli persatuan juga menderma makanan 
kepada mereka dan  bergaul mesra dengan warga emas.