Tuesday, September 22, 2015
Majlis Makan Malam Perpisahan Pengawas Tingkatan 5 dan Kem Kepimpinan Pengawas/1
Kem Kepimpinan Pengawas dan Jamuan Perpisahan Pengawas
Tingkatan 5 telah diadakan pada 18 dan 19 September yang lalu. Kem yang
diadakan saban tahun ini berfungsi sebagai penghubung ukhwah diantara para
pengawas dan sebagai tanda kenangan buat para pengawas yang akan berpisah. Para
pengawas telah berkumpul di sekolah pada 3 petang lalu aktiviti 'Ice Breaking'
telah diadakan, dimana mereka dikehendaki melukis logo kumpulan mereka berserta
misi kumpulan. Setelah itu, setiap kumpulan telah membuat pembentangan mengenai
kumpulan mereka. Kem diteruskan dengan makan malam di Heritage Club. Arbab
Hayder Gill dan Sobini Navanithan telah mempengerusikan majlis. Guru-guru
disiplin telah menghadiri majlis ini bersama Cik Choo Poh Lean. Beberapa buah
persembahan juga telah diberi oleh para pengawas sendiri dalam majlis makan
malam ini. Keesokan harinya, sesi senam robik pimpinan Ketua Biro Sukan dan
Akademik, Kalaiaresan A/L Thangavelu telah diadakan sebelum aktiviti-aktiviti
lain dijalankan. Selepas sarapan, permainan "Treasure Hunt" telah
dijalankan. Para pengawas dikehendaki melalui beberapa stesen-stesen yang
dipenuhi cabaran sebelum memenangi permainan itu. Mereka belajar tentang
kepentingan kerjasama melalui aktiviti ini. Selepas itu, Cik Choo Poh Lean
telah memberi satu ceramah motivasi kepada mereka di Dewan Sekolah. Beliau
telah menceramah mereka tentang kepentingan keyakinan diri dan banyak lagi.
Selain itu, beliau juga telah memaparkan video-video menarik sebagai pedoman
buat para pengawas. Seterusnya, para pengawas telah menyertai permainan
"Capture the Flag" dimana mereka belajar tentang kepentingan strategi
sebelum melakukan sesuatu. Kem berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para
pemenang.
Sunday, September 20, 2015
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
17 September 2015
Majlis dimulakan dengan ucapan penutupan oleh Tn Pengetua dan seterusnya majlis penyampaian hadiah aktiviti panitia-panitia kepada pelajar:-
1) Panitia Seni
Visual
2) Panitia Bahasa
Melayu
3) Panitia Bahasa
Inggeris
4) Panitia Bahasa
Tamil
5) Panitia Bahasa
Cina
6) Panitia Sejarah
7) Panitia
Geografi
8) Panitia Sivik
dan Kewarganegaraan
Pihak jawatankuasa
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan Program Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah pada tahun ini. Terima
kasih juga diucapkan kepada semua para pelajar atas kerjasama dan penglibatan
yang diberikan bagi menjayakan program ini.
Friday, September 18, 2015
Lawatan Ke USM
Tarikh : 17/9/2015
Masa : 9.00 – 11.00 pagi
Tempat : Universiti Sains Malaysia, Foyer Dewan Tunku Syed Putra
(DTSP), Pulau Pinang
Aktiviti: Lawatan Pendidikan Ke Pameran ‘Segala Yang Anda
Hargai- Dunia Bebas Daripada Senjata Nuklear’, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang
Bilangan peserta: 36 pelajar
Guru pengiring:
Pn. Chulailat a/p Deng
Pn. Wong King Hee
Pn. Haniza
Pn. Nurhidayah
Monday, September 14, 2015
Lawatan Sambil Belajar ke ‘Colonial Museum’ Georgetown
Tarikh: 12 September 2015
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Jalan D.S. Ramanathan, Georgetown
Bilangan Pelajar: 38 orang
Guru-guru Pengiring: Encik Mohd Shareezal B. Mohamad, Cik
Khoo Kheng Ghim, Cik Maznah Bt. Darus, Cik Grace Boey Sze Ni
Sunday, September 13, 2015
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Bulan Ogos Sesi Pagi
Keputusan Pertandingan:
Anugerah Kelas Gemilang : 5Sn
Anugerah Kelas Impian :
1) 2S2
2) 3S1
3) 3C
4) 3J
5) 5A
Subscribe to:
Posts (Atom)