Wednesday, September 21, 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2011/1






















Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 oleh SMK Air Itam

Tarikh: 19hb September 2011

Masa : 7.30 am-12.30pm

Sambutan Hari Kemerdekaan dimulakan pada pukul 7.30 pagi,semua pelajar beratur di dataran sekolah mengikut kelas masing-masing. Selepas pendaftaran semua guru dan tetamu jemputan, majlis dimulakan.

Selepas pembacaan doa, wakil pelajar Mohd Roslan memberi ucapan dan seterusnya perutusan Ketua Pengarah dibaca oleh PK Hem Cik Choo Poh Lean dan Perutusan Perdana Menteri dibaca oleh En Abdul Latif.

Lagu Negaraku dinyanyikan oleh semua warga SMK Air Itam pada pukul 8.15pagi dan 7 Laungan Merdeka diketuai oleh pengetua diadakan. Kek Hari kemerdekaan dipotong selepas ini.

Persembahan pelajar yang melibatkan tiga bangsa Malaysia diadakan. Semua guru dan pelajar mengibarkan Jalur Gemilang semasa menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Penyampaian hadiah kepada pelajar oleh panitia seni, panitia sivik dan pusat sumber diadakan.Selepas ini, semua tetamu jemputan dan semua guru dijemput ke bilik gerakan untuk jamuan.

Satu ceramah yang diberi oleh Inspektor Ranui ( Ketua Polis Bandar Baru Air Itam) diadakan di dewan sekolah. Selepas ini, satu tayangan filem “Sarjan Hassan“ ditayangan kepada semua pelajar tingkatan empat dan pelajar sesi petang.


Thursday, September 15, 2011

Wednesday, September 14, 2011

Saturday, September 10, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

















Tarikh : 10-09-2011
Masa : 7.30am-10.00am
Tempat : Dewan Sekolah SMK Air Itam
Tetamu Jemputan :
En Amiruddin bin Abdul Manaf (YDP PIBG)
En. Koh Wan Leong (Penyelaras DUN Paya Terubong)

Friday, September 9, 2011

Program Keselamatan Jalan Raya











Program ini telah ditajakan oleh Dato’Dr Loh Hock Hun, DSPN. Acara dimulakan dengan ucapan daripada wakil Dato’Loh, En Lim Thoon Deong, DJN dan merasmikan program ini.

Kemudian, Koperal Norizan dari IPD Timur Laut memberi Ceramah tentang Keselamatan Di Jalan Raya. Beliau menunjukkan data statistic yang menunjukkan 96% daripada kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia adalah berpunca daripada kecuaian semasa memandu.

Koperal Norizan juga menerangkan factor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya seperti faktor manusia, faktor kenderaan dan faktor persekitaran. Beliau menasihati pelajar-pelajar supaya lebih baik sampai lambat daripada tak sampai langsung dan sayangilah nyawa sendiri. Beliau juga berpesan pelajar-pelajar agar bangun awal supaya tidak tergopoh semasa di jalan raya.

Beliau memberi kesalahan yang menyumbang ke arah kemalangan serius adalah

1. Memandu melebihi had laju.

2. Tidak berhenti semasa lampu isyarat merah.

3. Tidak berhenti di persimpangan jalan.

4. Memendu dengan pengaruh alkohol/ dadah.

5. Memotong di garisan berkembar.

6. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Lepas ceramah, satu pameran diadakan. Pelajar-pelajar dapat melihat betapa ngerinya akibat kemalangan jalan raya. Mereka juga dapat informasi-informasi tentang menjaga keselamatan diri sendiri melalui risaklah-risalah yang diberi oleh polis. Pameran itu diselia oleh Koperal Suhaimi.

Pihak sekolah berharap selepas ceramah dan pameran, pelajar-pelajar dapat iktibar dan mematuhi peraturan jalan raya .

Wednesday, September 7, 2011

Cuti Peristiwa Sempena Perayaan Pesta Tanglung




Sukacita dimaklumkan bahawa JPN telah meluluskan permohonan cuti peristiwa sempena Perayaan Pesta Tanglung 2011 seperti berikut:

Tarikh Cuti Peristiwa ialah 12.09.2011 (Isnin).

Sehubungan itu,diminta semua ibu bapa dan penjaga maklum akan hal ini dan mengambil tindakan yang perlu.

Kerjasama dari pihak tuan/puan , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Pengetua
SMK AIR ITAM

Tuesday, September 6, 2011

Permohonan Kursus NPQEL

Permohonan bagi mengikuti Kursus Sijil Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) , anjuran Institut Aminuddin Baki, KPM ambilan 2012 telah dibuka. Sila layari pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

http://www.iab.moe.gov.my/npqel atau http://202.186.27.111/npqel