Thursday, November 3, 2011

Jamuan Hari Deepavali Peringkat Sekolah 2011
























Satu jamuan Deepavali peringkat sekolah telah diadakan pada 2 November 2011 bertempat di dewan sekolah pada pukul 1:15 tengahari. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan tetamu jemputan ialah Inspektor Raveendran (Ketua Balai Polis Bandar Baru Air Itam) dan Sarjan Paramasivam (Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah) bersama-sama dengan AJK PIBG Encik Mogan bersama isterinya. Cikgu Rani Devi telah menjadi Juruacara semasa majlis itu diadakan. Satu persembahan tarian India oleh pelajar Tingkatan 2S2 (Hashwinee a/p M. Therevia Singam ) diadakan. Persembahan elektronik tentang perayaan Deepavali telah dibuat oleh pelajar Tingkatan 4S1 (Mahindrusaiee Theyver ) dan penerangan dibuat oleh seorang pelajar Tingkatan 5S1 (Vithyasree a/p Kupusamy ). Majlis tamat pada pukul 2:30 tengahari.


Wednesday, November 2, 2011

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan(Pagi)

Tarikh :31 oktober 2011

Tempat : Dataran SMK Air Itam






Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan(Petang)

Tarikh :31 oktober 2011

Tempat : Dewan SMK Air Itam




Tuesday, November 1, 2011

Pertandingan Program Bakatku (My Talent) Peringkat Negeri 2011

SMK AIR ITAM muncul sebagai JOHAN peringkat negeri

Tarikh : 19 Oktober 2011

Tempat : SRK Bandar Tasik Mutiara, Simpang Empat

Guru Pembimbing : Khoo Kheng Ghim

Peserta :
1. Muniswaran A/L Saravanan
2. Kevin Dc Cruz Wilson
3.Yeap Choon Leong







Lawatan Sambil Belajar Ke Pameran Seni Lukis











Pelajar-pelajar melawat ke Pameran Ulang Tahun ke-47 PTAC Tahun 2011 pada 21.10.2011 di Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, kemudian mereka melawat ke Koleksi Tetap Balai Seni Lukis. Sebelum menunggu ketibaan bas sekolah, pelajar-pelajar juga mengunjungi taman di sekitar Dewan Sri Pinang.

Pelajar-pelajar didedahkan dengan koleksi-koleksi tetap pelukis terkenal tempatan dan mereka dapat menghayati keindahan hasil karya daripada The Penang Teachers’ Art Circle.