Tuesday, May 8, 2012

LAWATAN KE SINGAPURA, JOHOR DAN MELAKA











Latihan Dalam Perkhidmatan Ketiga -- LAWATAN KE SINGAPURA, JOHOR DAN MELAKA PADA 28 APRIL2012 HINGGA 1 MEI 2012.


Friday, May 4, 2012

Hari Wesak 2012





Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Langka.

Persatuan Buddhis SMK Air Itam telah mengadakan upacara penghormatan kepada Buddha pada hari Jumaat 4hb Mei 2012. Upacara ini telah diadakan di Bilik Tamil. Ramai guru-guru dan pelajar-pelajar beragama Buddhis telah menyertai upacara ini pada waktu rehat. Upacara penghormatan sebenarnya membawa makna menyucikan hati dan minda diri sendiri.

Latihan Kawad Kecemasan Kebakaran









Latihan Kawad Kecemasan Kebakaran
Pada 4 Mei 2012, Bertempat Di Dataran SMK Air Itam

Thursday, May 3, 2012

CERAMAH DAN PAMERAN TENTANG HIV/AIDS





Dua orang penceramah iaitu En Mark Felix dan En Paramjit Singh dari Aids Action & Research Group School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia telah berada di sekolah bersama pelajar-pelajar tingkatan 4 untuk ceramah tentang HIV/AIDS. Pelajar-pelajar berpeluang bersama penceramah untuk mengetahui apa itu HIV/AIDS, cara jangkitan , ujian darah dan cara menjauhinya. Pelajar juga berpeluang memberi respond dalam sesi soal jawab serta diedarkan risalah. Pelajar-pelajar mendapat faedah dengan mengetahui cara menjahuinya dan maklumat lanjutan dari ceramah ini.

http://www.aidsactionresearchgroupusm.blogspot.com

http://usm.my/soc/research/aarg


Wednesday, May 2, 2012

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Negeri 2012







Anjuran : Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.

Tujuan : Memupuk semangat berdisiplin di antara pelajar-pelajar sekolah dan memupuk semangat sukan.

Tarikh : 30 April 2012 (Isnin)

Tempat : Pusat Kokurikulum Pulau Pinang

Lebuhraya Muhibah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang

Kategori : NGO ( Pasukan Bukan Kerajaan)

Bilangan yang terlibat:

31 ahli Briged Putera Smk Air Itam termasuk 1 orang ketua

platun (Lim Yong Shin dari 5S1)

Kategori yang bertanding:

Gelanggang A (sekolah rendah putera dan puteri) dan Gelanggang B (NGO putera dan puteri)

Pasukan putera yang bertandingan :

L1 (SMK Sama Gagah), L2 (SMK Bagan Jaya),

L3 (SMKA Nibung Tebal) dan L4 (SMK Air Itam )

Hadiah : 1. Hadiah dalam bentuk trofi dianugerahkan kepada pasukan yang menduduki tempat pertama, kedua, ketiga dan sagu hati bagi setiap kategori. Di samping itu hadiah dalam bentuk trofi juga dianugerahkan kepada ketua platun terbaik dalam setiap kategori.

2. Sijil pencapaian dan Sijil Penyertaan.

Pencapaian : Tempat kedua peringkat negeri

Pencapaian tertinggi : Tempat kedua peringkat negeri 10 tahun berturut-turut

Tuesday, May 1, 2012

Happy Labour day



You Can Take Time To Smell Flowers And Enjoy Life