Thursday, September 19, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK SULTAN YAHYA PETRA 1/2



Lawatan ini dapat memberi ilham, informasi dan tips kepada kami tentang pengurusan sekolah seperti kurikulum, HEM dan kokurikulum bagi memastikansekolah terus berada di kemuncak kecemerlangan. Semoga perkongsian ilmu ini dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan guru seterusnya dapat membantu pembentukan iklim dan budaya serta kepimpinan sekolah yang berkesan agar menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.

Selain melawat SMK Sultan Yahya Petra 1, ahli rombongan juga mengambil kesempatan melawat ke beberapa tempat menarik sekitar Kota Bharu. Antaranya bersarapan di kediaman keluarga Pn Norizan di Bachok, melawat kilang batik Kartika, menghadiri majlis perkahwinan cikgu Muhammad Famy, melawat kilang keropok di Kuala Besut dan santai di Pantai Cahaya Bulan.

Tuesday, September 17, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK SULTAN YAHYA PETRA 1/1


Lawatan penanda aras bermula pada 13 - 15 September 2013. Rombongan ini disertai oleh 23 orang guru dan kakitangan SMK Air Itam.  Lawatan ini amat penting kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk menimba ilmu dan pengalaman yang sebanyak mungkin untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah. Terima kasih kepada SMK Sultan Yahya Petra 1 kerana sudi menerima kehadiran kami dengan mesra dan meriah sambutannya.

 

Thursday, September 12, 2013

Hari Keluarga SMKAI 2013



Pada hari sabtu yang lepas bersamaan 7 september 2013, Jawatan Kuasa kelab Guru telah mengadakan hari keluarga di Moon light Bay, Batu Ferinngi. Aktiviti ini di hadiri oleh sebahagian guru-guru dan pentadbir sekolah bersama ahli keluarga masing-masing. Aktiviti bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Antara acara yang menarik sepanjang Hari keluarga berlangsung adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan bola baling pantai, pertandingan membina istina pasir dan beberapa acara sukaneka lain. Acara pada hari keluarga ini berjalan dengan lancar dan penuh meriah.

Enam Ciri Utama Yang Diperlukan


Thursday, September 5, 2013

Kolokium Perkongsian Ilmu Amalan Terbaik

Tarikh : 29-08-2013
Penganjur: ASMEP, JPNPP and IPG Pulau Pinang
Peserta sekolah SMK Air Itam : 17 orang guru Sains dan Matematik

Tuesday, September 3, 2013

Segi College Penang Book Prize Awards 2013



Cik Sury @ Noorida Kasmani , Student Outreach Officer dari Kolej Segi datang untuk menyampaikan Segi College Penang Book Prize Awards 2013 kepada 8 orang pelajar SMK Air Itam pada masa perhimpunan rasmi  pada 02.09.2013.