Sunday, August 17, 2014

Latihan Dalam Perkhidmatan ke-5




Tarikh : 16-08-2014
Masa: 8am-2pm
Tempat : Bilik Gerakan

Wednesday, August 13, 2014

Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Sekolah






Majlis penyampaian hadiah anugerah bagi pertandingan kebersihan dan keceriaan sekolah bulan Julai anjuran jawatankuasa 3K dan Panitia Sivik berlangsung dengan jayanya di perhimpunan rasmi bertempat di dataran sekolah pada 11.8.2014 pukul 7.30 pagi. Anugerah dan hadiah-hadiah untuk kelas-kelas yang memenangi pertandingan ini disampaikan oleh Tuan Pengetua iaitu Dr. Arunasala Pandy A/L Karuppusamy.

Pertandingan ini bertujuan untuk membina dan meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kelas/tingkatan dan persekitaran, di samping menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan kelas dan persekitaran setiap hari .

Untuk pertama kalinya, penganugerahan kali ini dimenangi oleh :
1. Anugerah Gemilang dirangkul oleh kelas 4Sn, guru tingkatan Pn. Vigneswari a/p Munisamy.
2. Anugerah Impian dimenangi oleh kelas-kelas 5A, 5S1, 4G, 2B dan 2S2.


Laporan disediakan oleh: Guru Penyelaras 3K- Pn. Faseeha binti Shaik Ibrahim.

Tuesday, August 12, 2014

Bengkel Facial Makeover







Pelajar-pelajar Tingkatan 5S1, 5S2 dan 6 orang 5G menghadiri Bengkel Facial Makeover By Using Photoshop yang dianjurkan oleh Kolej Han Chiang pada 08.08.2014 dari pukul 8:00 – 11:30  di makmal komputer Kolej Han Chiang. En Ho Rhu Pin, pensyarah IT Kolej Han Chiang mengajar pelajar bagaimana mengedit foto. Pelajar-pelajar gembira kerana dapat menukarkan muka yang tua menjadi muka yang muda.Mereka berasa puas hati dan gembira kerana dapat menghadiri bengkel ini.

Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas




 Watikah pelantikan ahli jawatankuasa lembaga pengawas
 bagi tahun 2014/ 2015 telah diadakan pada Isnin 11hb 
 Ogos 2014 di dataran sekolah. Majlis ini telah dirasmikan
 oleh Encik Fadzli bin Mohd Napiah, OCS Ketua Inspektor
 Balai Polis Air Itam dan Inspektor Wan Noraidah binti 
 Wan  Hamad, Ketua Balai Polis Farlim. Seramai 12
 orang pengawas telah dilantik hari ini. Bacaan ikrar
 telah ketuai oleh Ketua Pengawas, saudara Pang 
 Juin Yu dari kelas 4 Sains. 

Friday, August 8, 2014

Ceramah Pergigian






Kumpulan Sasaran : Pelajar Tingkatan 2 dan 4
Penceramah : Dr. Jade Foo 
 (Unit  Pergigian Klinik Kesihatan Air Itam)
Tempat : Dewan Sekolah
Tarikh: 6 Ogos 2014

Monday, August 4, 2014

Taklimat Ujian Lisan Bertutur & Mendengar PT3





Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan 
pelaksanaan ujian lisan PT3 bertutur dan mendengar bagi 
mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang 
disampaikan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu, Pn. Aisyah
 dan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris tingkatan 3 iaitu
 Pn. Valarmathi.

Sunday, August 3, 2014

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT DENGGI

 

PROGRAM : SEKOLAH SELAMAT DENGGI
TARIKH      : 21-25 JULAI 2014
TEMPAT : SEKITAR KAWASAN SEKOLAH SMK AIR ITAM