Mari ketepikan segala perbezaan dengan berganding bahu demi masa depan yang gemilang. Hidup akan lebih bermakna apabila kita membuka lebih ruang untuk kebaikan dalam membentuk keperihatinan dan kasih sayang. Sempena Hari Kebangsaan yang ke 62, marilah kita bersama ketepikan perbezaan dan semarakkan semangat perpaduan demi tanah air tercinta.
Inilah mesej kami buat rakyat Malaysia; Perbezaan identiti dan budaya adalah keunikan kita sebagai rakyat Malaysia yang bernaung di bawah satu bendera yang sama. Marilah kita sama-sama menyelami semangat Hari Kebangsaan, merdekakan minda dan jiwa demi masa depan yang harmoni untuk anak-anak kita.
Pada awal bulan Julai 1994, Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju melaksanakan projek pembinaan Sekolah Menengah Air itam dengan perbelanjaan sebanyak RM7,861,500.00. Pada bulan Ogos 1994, pihak JKR telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bahawa syarikat Farlim (M) Sdn. Bhd. telah ditawarkan untuk membina Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam.
Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam telah siap dibina pada penghujung tahun 1995 dan pada bulan Disember 1995, Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam dibuka dengan 11 buah kelas (4 kelas Peralihan dan 7 kelas Tingkatan 1) bersama-sama dengan 370 orang pelajar.