Sunday, June 22, 2008

Wajah Baru bagi Blog SMKAI

Dah bosan dengan wajah lama blok kita. Ini merupakan wajah barunya. Saya harap semua akan menyukainya.

Selepas cukup sebulan blok ini tidak dikemaskini, saya kembali untuk mengemas halaman SMKAI yang agak tidak terurus. Apa boleh buat, kursus PTKlah. Pengalaman kursus ini memang cukup tension dan menakutkan. 3 hari penuh dengan kuliah-kuliah yang padat dan diikuti dengan penilaian demi penilaian mulai hari ke 4. Tidur tak cukup (sebab tension) makan tiada selera. 1st kelas punya mutu makanan tetapi lowest kelas punya variety. Fahamlah, 8 hari duduk di hotel yang sama.

Kerajaan membelanja RM 120 untuk setiap peserta sehari. Sila kira berapa duit yang dibelanjakan untuk 140 orang peserta untuk 8 hari untuk 9 pusat sebuah negeri dan 10 kali satu tahun? Meletupkah kalkulator?

Kerajaan sepatutnya batalkan kursus ini. Walaupun input kursus ini tidak kurang, tetapi input tidak setara dengan output.

Walau bagaimanapun, mengikut satu sumber yang boleh diharapkan, kononnya kursus PTK DG44 akan diubah ke bentuk objektif mulai tahun depan.

Harap-harap begitulah!

Friday, May 23, 2008

Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu

Semua permohonan KDP di atas boleh dibuat dalam talian di http://www.moe.gov.my .

Tarikh permohonan talian dibuka : 21 Mei 2008
Tarikh permohonan talian ditutup : 12 Jun 2008
Tarikh akhir hantar borang permohonan yg disokong pengetua : 18 Jun 2008
Tarikh semakan keputusan : 1 Julai 2008
Tarikh lapor diri di IPG : 13/14 Julai 2008

Tuesday, May 20, 2008

Taklimat Perisytiharan Harta

Tarikh : 21 Mei 2008 (Rabu)
Masa : 1.10 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : Semua staf yang telah dilantik

Borang mesti DITAIP dan dihantar sebanyak TIGA salinan ke pejabat sekolah (U.P. Cik Faridah) selewat-lewatnya 11 Jun 2008 (Rabu)

Sila klik untuk mendapat borang
Borang Perisytiharan harta

Tuesday, May 13, 2008

Pendaftaran PTK 2008 (Sesi Ogos)

Kepada semua warga sekolah,



Pendaftaran PTK 2008 (sesi Ogos) akan dibuka dari 12 - 17 Mei 2008. Sila dapatkan borang pendaftaran di kaunter pejabat. Sekiranya ada sebarang masalah, sila hubungi Pn Azmi untuk keterangan lanjut.



Terima kasih.

Friday, May 9, 2008

Keputusan PTK 2008 (Sesi Mac)

Kepada semua guru dan staf sokongan,

Keputusan PTK 2008 (Sesi Mac) sudah boleh diambil di pejabat sekolah daripada Cik Faridah mulai hari ini.

Terima kasih.

Thursday, May 8, 2008

Tema Hari Guru 2008

Kepada para pendidik yang dihormati,

Tema Hari Guru untuk tahun ini sudah ditetapkan sebagai

"GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG"

Harap maklum.

Monday, May 5, 2008

Perubahan Tarikh Penilaian Tahap Profisiensi (PTP) 2008

Kepada semua guru Sains dan Matematik yang terlibat,

Pusat dan masa bagi perlaksanaan PTP 2008 masih dikekalkan. Tarikh-tarikah telah berubah seperti berikut:

Komponen Reading, Listening & Speaking : 28 JUN 2008

Komponen Speaking : 5 Julai 2008 (Tarikh asal : 24 Mei 2008)

Komponen Speaking : 19 Julai 2008 (Tarikh asal : 26 Mei 2008)

Wednesday, April 30, 2008

Maklumat Guru Sekolah Yang Mengajar Di Pusat /Kelas Tuisyen Swasta

Guru-guru yang terlibat diminta berjumpa dengan PK Pentadbiran selewat-lewatnya 5 Mei 2008 untuk mengisi maklumat berkenaan.

Guru-guru yang tidak berjumpa dengan PK Pentadbiran selepas tarikh tersebut akan dianggap sebagai tidak terlibat.

Monday, April 28, 2008

Sijil Penyertaan Hari Perkembangan Staf di Kolej Segi

Kepada para hadirin kursus,

Sijil-sijil penyertaan kursus boleh diperolehi di pejabat (Dari Cik Faridah) mulai hari ini.

Terima kasih.

Saturday, April 26, 2008

Selamat Hari Lahir, Blog SMK Air Itam!!!

Menerusi Hari Perkembangan Staf 2008/2 hari ini yang dijalankan di Kolej Segi, penceramahnya Ms Cherryl telah menunjukkan beberapa teknik kepada para guru SMK Air Itam cara-cara untuk "mempedaskan" p n p kita di dalam bilik darjah dengan ICT.
Satu cara yang dibangkitkan adalah melalui Blog.

Inilah datangnya idea bagi saya untuk mewujudkan satu blog untuk sekolah kami. Saya rasa melalui blog ini, objektif-objektif berikut dapat dicapai:

1. menggalakkan para warga sekolah untuk menggunakan ICT dalam kehidupan kita.
2. berkongsi pengalaman dan pengetahuan kita melalui blog ini.
3. menyampaikan berita-berita semasa di sekolah
4. menyemarakkan budaya ICT di sekolah

Selamat Hari Lahir (Happy Birthday) Blog SMK Air Itam!!!