Thursday, August 25, 2011

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)









Pada 22-08-2011, sebanyak 18 orang pelajar dari SMK Air Itam
menerima Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM) . 5 orang pelajar terpilih menghadiri Majlis Penyerahan
Bantuan KWAPM di SK Bukit Gelugor sementara 13 orang pelajar
menerima Bantuan KWAPM di Majlis Penyerahan yang dijalankan
di Dewan Sekolah SMK Air Itam.


Wednesday, August 24, 2011

Tahniah Dan Syabas Kepada Pn Ho Mooi Teik



Nama Guru : Pn Ho Mooi Teik

Opsyen : Matematik

Tempoh Perkhidmatan di SMK Air Itam:
16.05.2002--31.07.2011

Kenaikan Pangkat :Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Tarikh lapor diri di SMJK Union : 01.08.2011





Selamat Bertugas Di SMJK UNION


Saturday, August 20, 2011

Sambutan Kemerdekaan ke-54 ditunda ke 16 September



Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia , Tema hari kebangsaan untuk tahun 2011 ialah “ 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ” sambutan kemerdekaan pada tahun 2011 adalah yang ke 54 , ini tidak akan di adakan pada 31 Ogos seperti kebiasaan yang di lakukan oleh negara untuk menyambut kemerdekaan negara Malaysia pada setiap tahun ,

Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 September , serentak dengan sambutan Hari Malaysia

“Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 Sept) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia,”

Aktiviti di bulan merdeka akan di lakukan seperti biasa sesuai dengan bulan Ramadhan yang juga jatuh pada bulan ogos untuk tahun 2011 , Kemungkinan sambutan hari kemerdekaan akan di adakan di Dataran Merdeka.

Saturday, August 13, 2011

Sekolah Dalam Hospital

Sekolah Dalam Hospital, satu konsep baru yang akan memberi
manfaat kepada pelajar yang mempunyai kesakitan atau penyakit
berpanjangan di hospital. Kini terdapat dua buah hospital yang telah
memulakan sesi pembelajaran di dalam hospital iaitu Hospital
Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Serdang. Seramai 16 guru telah
dipilih berdasarkan beberapa kriteria untuk bertugas di bilik darjah
hospital berkenaan.

Guru-guru yang telah dipilih itu perlu terlebih dahulu menjalani
latihan selama sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
dan Institut Pedatrik HKL bagi melengkapkan mereka dengan
pengetahuan dan kemahiran asas untuk menangani kelompok
pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.

Sekolah Dalam Hospital (SDH) merupakan projek khas pembelajaran untuk pelajar yang dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan jangka panjang dan bertujuan mengatasi masalah keciciran pelajar yang ketinggalan sesi persekolahan apabila menerima rawatan untuk tempoh lama di hospital. Sesi pembelajaran SDH hanya akan fokus kepada subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Bagi pelajar yang tidak dapat hadir ke kelas di SDH, guru akan berjumpanya dan mengajarnya di bilik wad pelajar tersebut.

Program “Sekolah Dalam Hospital” ini memang tepat pada masanya memandangkan ramai pelajar yang ketingglan pembelajaran di sekolah disebabkan oleh masalah kesihatan kini dapat diselasaikan malah dapat meningkatkan lagi semangat mereka untuk terus belajar walaupun mereka jatuh sakit dan tidak dapat pergi ke sekolah.

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Hari Lahir "BLOG PUSAT SUMBER SMK AIR ITAM"



Salam Sejahtera,Blog Pusat Sumber SMK Air Itam telah

dilahirkan
pada Julai 2011,sila layari :

http://smkailib.blogspot.com/

Terima Kasih.

Friday, July 29, 2011

Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Awal Ramadan

Sukacita dimaklumkan bahawa JPN telah meluluskan permohonan cuti peristiwa sempena Sambutan Awal Ramadan 2011 seperti berikut:

Tarikh Cuti Peristiwa ialah 01.08.2011 (Isnin).

Sehubungan itu,diminta semua ibu bapa dan penjaga maklum akan hal ini dan mengambil tindakan yang perlu.

Kerjasama dari pihak tuan/puan , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday, July 26, 2011

Happy Retirement Ms Teh 22.07.2011



Nama Guru : Teh Siew Suan

Opsyen : Geografi

Tempoh Perkhidmatan : 1978-2011 (33 Tahun)













Monday, July 25, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

--Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

--SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

--Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

--Sekurang-kurangnya karenah meminta data berkaitan peperiksaan ke sekolah akan dapat diminimumkan. SAPS juga boleh dijadikan ”Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result)

--SAPS boleh dicapai melalui Portal NKRA seperti berikut:

http://saps.moe.gov.my

Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 12, 2011