Thursday, February 21, 2013

Ceramah Bimbingan Kerjaya


Ceramah bimbingan kerjaya dari Tan Chong Education Sdn Bhd untuk pelajar Tingkatan 5 SMK Air Itam, Pulau Pinang diadakan di dewan sekolah pada 20.02.2013 dari pukul 10:10 – 11:40 pagi. Cik Diow Yinyi memberitahu pelajar hanya melalui pendidikan dan pengalaman, sesorang dapat meningkatkan harga diri mereka. Cik Irene Seow juga menerang kepada pelajar bahawa Tan Chong Education Sdn Bhd telah mengadakan 2 diploma yang baru iaitu Diploma in Creative Professional Image & Hairdressing dan Diploma in Marketing & Customer Service.

Wednesday, February 20, 2013

Ceramah Inter Excel Tourism Academy

 Ceramah kerjaya dari Inter Excel Tourism Academy  untuk pelajar Tingkatan 5 SMK Air Itam, Pulau Pinang diadakan di dewan sekolah pada 19.02.2013 dari pukul 10:10 – 11:30 pagi. Cik Teoh Chee Yee, Penolong Pengurus dari Inter Excel Tourism Academy memberi penerangan tentang syarat kemasukan dan kebaikan menjadi seorang cabin crew. Beliau juga menayangkan sebuah video mengenai kehidupan seorang cabin crew di Cathay Pacific. Beliau juga mendedahkan pelajar tentang peluang pekerjaan selepas mengikuti kursus di Inter Excel Tourism Academy. Cik Teoh juga menerangkan kursus yang ditawarkan di Inter Excel Tourism Academy.

Tuesday, February 19, 2013

Monday, February 18, 2013

Mesyuarat Agung PIBG 2013

Tarikh : 23.02.2013

 Masa : 10.00am

 Tempat : Dewan Sekolah

Sunday, February 17, 2013

Friday, February 15, 2013

Thursday, February 14, 2013

Tuesday, February 12, 2013

Red Plum Blossoms




Plum blossom is a deciduous tree that starts to flower in mid-winter, typically around January until late February in East Asia. The flowers are 2-2.5 cm in diameter and have a strong fragrant scent. They have colors in varying shades of white, pink, and red.The fruit ripens in early summer, around June and July in East Asia, and coincides with the rainy season of East Asia, the meiyu (梅雨, literally "plum rain").The drupe is 2–3 cm in diameter with a groove running from the stalk to the tip.The skin turns yellow, sometimes with a red blush, as it ripens, and the flesh becomes yellow. The tree is cultivated for its fruit and flowers.


Monday, February 11, 2013

PROGRAM MAULIDUL RASUL PADA 9 FEBUARI 2013


 



Program ini telah berjalan dengan lancar atas usaha semua guru Islam SMK Air Itam. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan bersurai pada pukul 12.00 tgh. Terdapat beberapa aktiviti yang berjaya dijalankan seperti perarakan Maulidul Rasul, Ceramah Motivasi oleh En. Muhd Famy, acara Explorace, kuiz dan juga pertandingan melukis poster. Hadiah juga diberikan kepada pemenang.

Friday, February 8, 2013

Happy Chinese New Year 2013


123tagged.Com

Pertandingan Ping Pong MSSPP Zon Air Itam 2013



Berikut adalah pencapaian pemain pasukan SMK Air Itam dalam Pertandingan Ping Pong MSSPP Zon Air Itam 2013 yang diadakan pada 4 dan 5 Februari di Dewan Ping Pong SM Chung Ling Persendirian dari jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.:
    a. Tempat Keempat dalam acara pasukan lelaki kumpulan umur 15 tahun ke bawah (15TKB),
    b. Tempat Ketiga dalam acara pasukan lelaki kumpulan umur 18 tahun ke bawah (18TKB),
    c. Tempat Ketiga dalam acara perseorangan lelaki kumpulan umur 18 tahun ke bawah (18TKB), yang di menangi oleh Lim Zi Hao (5S1)
    d. Tempat Keempat dalam acara pasukan perempuan kumpulan umur 18 tahun ke bawah (18TKB), dan
    e. Tempat Keempat dalam acara bergu perempuan kumpulan umur 18 tahun ke bawah (18TKB), yang dimenangi oleh pasangan bergu Saw Jo Ann (4S1) dan Choo Mei Mun (4S1).

Dilapor oleh: Puan Low Lee Lee
            (Guru Pengiring & Jurulatih)