Friday, June 21, 2013

Ceramah Teknik Jawab Soalan Peperiksaan Pendidikan Moral SPM

Tarikh : 21 Jun 2013
    Masa : 10.10a.m. - 11.40a.m.
Tempat : Dewan SMKAI


 

Fun Through English language



Pada 18.06.2013 Mrs Loh dari PTPL bersama pelajar-pelajar tingkatan 4 di dewan sekolah dalam ceramah Fun Thru English Language. Tujuan ceramah adalah mendedahkan cara pembelajaran   bahasa English melalui permainan. Pelajar-pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dan sesi kuiz mengenalpasti kesalahan  tatabahasa English. 

Jom Balik Ke Sekolah


Pada 19.06.2013 seramai tiga orang pelajar  iaitu Aisar Raimi ,Teoh Wei Wen dan Ahmad Badrul  telah menyertai program  pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid di Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands. Program tersebut bertujuan untuk membantu pelajar  memahami diri dan memahami peranan dan tanggungjawab  sebagai seorang pelajar .


Thursday, June 20, 2013

Makluman Kepada Waris--Cuti Peristiwa

Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Air Itam akan mengadakan Sukan Tahunan 2013 pada 22hb Jun 2013. 

Pihak sekolah telah memohon Cuti Peristiwa pada 24hb jun 2013(Isnin) dan telah diluluskan oleh pihak JPN.

Sehubungan itu,diminta semua ibu bapa dan penjaga maklum akan hal ini.Kerjasama dari pihak tuan/puan , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pengetua
SMK AIR ITAM

Tuesday, June 18, 2013

Let’s Take A Commercial Break

Pelajar-pelajar SMK Air Itam mengambil bahagian dalam Let’s Take A Commercial Break di Kolej KDU pada 15.06.2013 dari pukul 9:00 pagi – 1:00 petang. Eu Zhen Hong ( 5S1), Lim Siu Boon ( 5S1 ), Chong Man Kiet ( 5S1 ) dan Teoh Yong Sheng ( 5S2) dalam satu kumpulan, manakala   Amirul Ridzuan bin Abdullah ( 5S2 ), Muhammad Rashidul Hafid ( 5S1 ), Mohamad Hasreel bin Hashim ( 5S2 ) dan Muhammad Nur Fitri ( 5S1 ) dalam satu kumpulan. Mereka diajar menulis script untuk mempromosikan Marshall Burger. Skript mesti mamakan masa 30 saat sahaja. Pelajar-pelajar mendapat pengalaman yang istimewa.

Monday, June 17, 2013

Mighty Minds National Challenge

Pelajar-pelajar SMK Air Itam mengambil bahagian dalam Pertandingan Mighty Minds National Challenge di Lower Ground Floor, 1 st Avenue, Pulau Pinang pada 9:00 pagi ( Lower Secondary ) dan 11:00 pagi ( Upper Secondary ). Terdapat 3 kumpulan yang mengambil bahagian. Pertandingan dijalankan dengan menjawab 20 soalan aneka pilihan.

Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Cina

Tarikh : 15-06-2013

Masa: : 8am-1.30pm

Tempat : SMJK Union

Program Jati Diri

4 orang pelajar perempuan dari SMK Air Itam menyertai Program Jati Diri yang dianjurkan oleh PPD Timur Laut, Pulau Pinang di Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands pada 12.06.2013 dari pukul 7:30 pagi – 4:30 petang. Mereka diberi ‘Ice Breaking’ pada mulanya, diikuti dengan tarian untuk meningkatkan semangat mereka, inventori kenali diri dan inventori percintaan diberi selepas tarian. Kemudian mereka diberi permainan refleksi diri. Seterusnya mereka menjalankan soal selidik dan menulis komen tentang program ini.

Sunday, June 16, 2013

Saturday, June 15, 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah/3

Tarikh : 14-06-2013

Masa   :  7.30am-11.55am

Tempat  : SMK Air Itam

Aktiviti : Sukaneka antara guru dan pelajar