Saturday, August 24, 2013
Menaik Taraf dan Memperbaiki Sistem Penggera Kebakaran Sekolah
Menaik taraf dan memperbaiki system penggera kebakaran
sekolah daripada pihak JKR dan Syarikat Harum Setia di SMK Air Itam
Friday, August 23, 2013
Watikah Perlantikan Pengawas 2013
Satu Watikah Perlantikan Pengawas tahun 2013 telah
diadakan buat kali kedua pada 19hb August 2013 (Isnin) di dataran SMK Air Itam.
Seramai 14 orang pengawas telah dilantik sebagai AJK bagi tahun 2013/2014.
Ketua Polis Balai Air Itam iaitu Inspektor Mohd Fazli Bin Mohd Napiah selaku
Pegawai Perhubungan Sekolah telah merasmikan majlis ini. Pembacaan ikrar telah
dilakukan oleh saudara Yeoh Kok Xuan (4S1) selaku Ketua Pengawas baru bagi sesi
2013/2014.
Tuesday, August 20, 2013
Tema Hari Kemerdekaan 2013
Tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 56 tahun 2013 adalah "Malaysia Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku". Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.
Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan Negara. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.
Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan Negara. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.
Sunday, August 18, 2013
Sunday, August 11, 2013
PERKHEMAHAN ORKESTRA CINA
Perkhemahan ini
dianjurkan oleh Kelab Orkestra Cina SMK Air Itam dengan kerjasama Pertubuhan
Chee Hoon Khor Moral Uplifting Society dan SMJK Persendirian Por Tay juga turut
dijemput menyertai perkhemahan ini.
Perkhemahan ini berlangsung
selama tiga hari iaitu dari 8 Ogos hingga 10 Ogos 2013 di Chee Hoon Khor Moral
Uplifting Society. Pertubuhan ini telah menyediakan tempat perkhemahan,
menajakan makanan dan minuman sepanjang perkhemahan ini. Bekas-bekas pelajar
Orkestra Cina SMK Air Itam telah berkorbankan masa cuti mereka untuk membantu.
Mereka memberi sumbangan dari segi tunjukajar, didikan dan asuhan mereka dari
segi permainan alat-alat muzik.
Pada hari terakhir,
pelajar-pelajar telah membuat suatu persembahan yang kecil dan persembahan ini
mendapat sambutan yang agam menggalakkan daripada waris, penjaga atau ibu bapa
pelajar.
Wednesday, August 7, 2013
Tuesday, August 6, 2013
Monday, August 5, 2013
Friday, August 2, 2013
Program Pembangunan Modal Insan--Agama Kristian
Tarikh : 02-08-2013
Masa : 7.30-9.50 pagi
Tempat : Kelas 2J
Penceramah : Cik Ng Lay BuanAktiviti : Program Pembangunan Modal Insan
Tujuan : Meningkatkan
motivasi dan semangat pelajar agar berfikiran positif dan mempunyai akhlak yang
mulia, berdisiplin dan tinggi nilai rohani
Subscribe to:
Posts (Atom)














