Friday, July 18, 2014

Cereamah Inter –Excel



Ms Teoh dari Inter –Excel memberi ceramah kerjaya
 penerbangan kepada pelajar Tingkatan 5 SMK Air
 Itam  pada 17.07.2014 dari pukul 10:05 – 11:05 pagi
 di Dewan Sekolah SMK Air Itam. Beliau menerangkan 
syarat kelayakan dan kebaikan menjadi pramugari dan
 pramugara. Beliau juga menerangkan keperluan berbeza
 mengikut jenis penerbangan. Beliau juga menunjukkan 
contoh-contoh  pelajar yang berjaya menjadi pramugara
 dan pramugari.

Monday, July 14, 2014

Ceramah Teknik Jawab Soalan Pendidikan Moral SPM



Tarikh:            14.07.2014
Masa:              11:35a.m. - 1.05p.m.
Tempat:           Dewan SMK Air Itam
Penceramah:    Encik Gan Chee Meng
Peserta:  Murid-murid Pendidikan Moral Tingkatan 4 dan 5


Ceramah Kerjaya






Pn G. Sopana Devi a/p PM. Ganesan dari Kolej Olympia mengadakan Ceramah Kerjaya untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Air Itam di dewan sekolah pada 11.07.2014 dari pukul 10:05 – 11:05 pagi. Beliau juga menerangkan kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej Olympia.

Friday, July 11, 2014

Pertandingan Kewartawanan Vanakkam



Pada 5 -7-2014,  Seramai 6 Orang Pelajar Dari Persatuan Tamil Telah Mengambil Bahagian Dalam Pertandingan Kewartawanan Vanakkam Malaysia Di Astro. Kedua-Dua Kumpulan Ini Telah Memperoleh Sijil Penyertaan.     


Thursday, July 10, 2014

Bengkel Stop Motion












En Mosses dan Cik Sharon dari Kolej KDU mengadakan Bengkel Stop Motion untuk ahli-ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya dan Kelab Seni SMK Air Itam pada 09.07.2014 dari pukul 12:30 tengah hari hingga 2:00 petang di Dewan Sekolah. Pelajar-pelajar gembira kerana dapat menghasilkan kartun movie sendiri.

Karnival Bahasa Tamil anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris.(UPSI)


Pada 5HB  Julai  (Sabtu ) yang lepas Pelajar yang bernama T. Kalaiarasen telah mengambil bahagian mendeklamasi sajak peringkat kebangsaan dalam Karnival Bahasa Tamil anjuran  Universiti Pendidikan Sultan Idris.(UPSI) Walaupun beliau tidak berjaya tetapi telah menyampaikan satu ppersembahan yang terbaik.  Kalaiarasan merupakan pelajar yang bukan berasal dari sekolah aliran Tamil.  Syabas diucapkan.

Wednesday, July 2, 2014

PERASMIAN PROGRAM IHYA' RAMADAN









PERASMIAN PROGRAM IHYA' RAMADAN
SMK AIR ITAM.
TARIKH : 2 JULAI 2014
MASA : 12.15 TENGAH HARI
TEMPAT : SURAU SMK AIR ITAM
Pelajar Islam waktu 8 dan 9 berada di surau mengikuti majlis perasmian. Selesai perasmian, diadakan bacaan tadarus Al-Quran.
Aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan :
Edaran brosur Ramadan, Pertandingan menyampaikan takziah, Pertandingan kuiz Ramadan, Pertandingan Imam Remaja, Pertandingan Menulis Jawi, Tadarus Al-Quran, Ceramah Agama, Kempen menutup aurat, Kempen Smart Salam, Kempen tak nak 'couple', Majlis Khatam Al-Quran

Tuesday, July 1, 2014

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2014








Tarikh : 27/6/2014
Masa  : 2.30ptg – 3.30ptg
Tempat : dewan sekolah 
Aktiviti : sambutan hari koperasi sekolah 2014

Bertemakan “KOPERASI PENYUMBANG BERKESAN
 KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA” sambutan  Hari 
Koperasi Sekolah SMK Air Itam telah diadakan dengan
 jayanya pada 27 Jun (hari Jumaat). 

Dengan perancangan yang telah diatur sambutan Hari 
Koperasi Sekolah SMKAI telah dimulakan pada jam 
2.30 petang bertempat di Dewan SMKAI. Pada tahun ini
 pihak ANGKASA tidak menghantar wakilnya untuk
 memantau sambutan Hari Koperasi Sekolah. Majlis ini
 dimulakan dengan Penolong Kanan Petang Sekolah, 
Cik Khaw Juat Woon bagi memperkenalkan kepada
 semua pelajar apa itu Hari Koperasi Sekolah dan 
kepentingan koperasi sekolah. Seterusnya PK Petang 
telah merasmikan sambutan HKS 2014

Lawatan ke Rumah Orang Tua Charis, Relau






Tarikh : 28 Jun 2014, Sabtu
Masa : 9am – 1pm
Tempat : Relau, Bayan Lepas
Anjuran : Panitia Sivik & Kewarganegaraan
Tujuan : 
1) Mendedahkan pelajar kepada kesusahan masyarakat
 setempat
2) Melahirkan pelajar yang mengamalkan semangat 
kekitaan dalam masyarakat serta menghormati dan 
menghargai masyarakat setempat
3) Membentuk pelajar untuk menjadi ahli masyarakat
 yang bertanggungjawab

Monday, June 30, 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM PADI, GUNUNG KERIANG DAN MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG, MERBOK DI KEDAH










LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM PADI DAN MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG, KEDAH ANJURAN KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH BERSAMA KELAB PENDIDIKAN SENI, KELAB ORKESTRA CINA, KELAB PING PONG (PTG) DAN KELAB PENGGUNA PADA 28 JUN 2014