Sunday, April 26, 2015

Hari GOTONG ROYONG Sekolah/1










Tarikh              : 25/4/2015
Masa               : 8.00 pagi – 11.00pagi
Tempat            : SMK Air Itam
Aktiviti              : Hari GOTONG ROYONG sekolah

Semua AJK PIBG, ibu bapa , guru dan pelajar yang terlibat dengan aktiviti gotong royong berkumpul di dataran sekolah pada pukul 7.45a.m. Pendaftaran mengikut kelas oleh guru tingkatan masing-masing.
Selepas itu, pelajar-pelajar mengikut guru bertugas pergi ke tempat masing-masing dengan membawa peralatan yang diperlukan. Aktiviti gotong royong dijalankan dengan lancar dengan bantuan semua pihak. AJK PIBG dan AJK JKKK Kg Melayu mengecat bangku-bangku besi di sekitar padang.
Aktiviti gotong royong bersurai pada pukul 11pagi. 

Saturday, April 25, 2015

Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Cina







Tarikh : 25 April 2015  (Hari Sabtu)

Masa : 8.00 pagi

Anjuran: Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang

Tempat Pertandingan : Dewan SMJK Union Pulau Pinang

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2015






 







Tarikh                         : 24/4/2015
Masa                          : 2.30ptg – 3.40ptg
Tempat                       : Dewan Sekolah
Aktiviti                        : Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2015

Bertemakan “Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat” sambutan  Hari Koperasi Sekolah SMK Air Itam telah diadakan dengan jayanya pada 24 April (hari Jumaat).


Dengan perancangan yang telah diatur sambutan Hari Koperasi Sekolah SMKAI telah dimulakan pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan SMKAI. Pada tahun ini pihak ANGKASA tidak menghantar wakilnya untuk memantau sambutan Hari Koperasi Sekolah. Majlis ini dimulakan dengan Penolong Kanan Ko-kurikulum, Puan Norizan Binti Ismail bagi memperkenalkan kepada semua pelajar apa itu Hari Koperasi Sekolah dan kepentingan koperasi sekolah kepada semua pelajar dan masyarakat sekolah. 

Friday, April 24, 2015

Program Pembangunan Sahsiah Diri


















Chan Wei Yean & Yiap Chen Yee (5M) , Sangkitah a/p Nageshvaran & Muhammad Mufadzal bin Akbar Khan (3D) SMK Air Itam menyertai Program Anti Ponteng di SMKA Al-Mashoor (P) dari pukul 7:30 pagi hingga 4:30 petang pada 23.04.2015. Taklimat Program dan ujian pra membuka tirai program. Aktiviti ‘Sepatuku’ dan Aku Juara dijalankan sebelum rehat. Lepas itu, aktiviti Projeksi Diri dan Air Dalam Kaca dijalankan sebelum makan tengah hari. Aktiviti Tolong Ingatkan Aku dan Self Talk dijalankan selepas menjamu selera. Ujian Pos dan penyampaian sijil mengakhiri program hari ini.


Lawatan daripada ASEAN: Lesson Study







SMK AIR ITAM telah mengadakan program Percubaan Mengajar Bagi Peserta-Peserta Dari Negara-negara ASEAN.

Tajuk : Lesson Study : Improving Instructional Practices in Secondary Mathematics Classroom.

Tarikh : 24hb April 2015
Masa : 9.00am - 11.55am
Kelas yang terlibat : 2S1

Pameran Informasi Pendidikan & Kerjaya Daerah Timur Laut









Murid Tingkatan 5M & 5P2 SMK Air Itam diiringi oleh  Pn Azlina Wani membuat lawatan ke Pameran Informasi Pendidikan & Kerjaya Daerah Timur Laut pada 22.04.2015 di Dewan SMK Convent LebuhLight dari pukul 10;00 – 12:00 tengah hari. Murid-murid dapat informasi tentang syarat kemasukan, bayaran dan jenis-jenis kursus yang ditawarkan. Mruid-murid juga gembira dapat pegang machine gun di bawah pimpinan pegawai TLDM. Murid juga dapat menjawab soalan kuiz yang diberikan dan dapat hadiah. Ini menunjukkan murid-murid SMKAI telah berubah menuju kejayaan.