Wednesday, May 16, 2018

Sambutan Hari Guru 2018 / 1






















Tarikh : 16 Mei 2018

Masa : 7.30am--12.00pm

12.00pm--2.00pm (P d P seperti biasa)

Tema Pakaian : Kembar

Disted Culinary ( Final )and Fruit and Vegetable Artistry Challenge 2018











AKTIVITI Disted Culinary ( Final )and Fruit and Vegetable
                       Artistry Challenge 2018
TARIKH         12.04.2018
TEMPAT        Disted School of Hospitality
ANJURAN Kolej  Disted
TUJUAN         Mencungkilkan ‘ Hidden Talents’ murid dan guru

Tuesday, May 15, 2018

Public Speaking Competition






Congratulations to Chin Gian Terng for his great achievement :
2nd Runner-up in Public Speaking Competition (Kelompok M1.)

Tema Hari Guru 2018: Guru Pemacu Transformasi Pendidikan


Image result for happy teachers day


GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN

DEFINISI



 GURU: Guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid.

 PEMACU: Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran.

 TRANSFORMASI: Membawa maksud melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna.

 PENDIDIKAN: Bermaksud perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

HURAIAN

Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan transformasi pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasi  transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. Pada peringkat Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan.

Guru perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam usaha menuju matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50), guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global.

Dalam konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking.

Monday, May 7, 2018

Program Mentor Mentee







TARIKH                            07.05.2018
TEMPAT                           Kelas  Masing-masing
ANJURAN                 Unit Bimbingan dan Kaunseling
TUJUAN                           Membangun sahsiah murid

Pameran Informasi Pendidikan Dan Kerjaya





TARIKH                   04.05.2018
TEMPAT                  Dewan Sekolah
ANJURAN              Unit Bimbingan dan Kaunseling
TUJUAN               Mendedahkan informasi IPTA & IPTS
OBJEKTIF      Membantu murid-murid dalam hala tuju kerjaya

Saturday, May 5, 2018

Rawatan Kesihatan








Tingkatan 3 - Suntikan ATT
Tingkatan 4 - Rawatan Talasemia
Tempat: Dewan & Bilik rawatan SMKAI
Tarikh - 2 hingga 4 Mei 2018