Saturday, January 31, 2009
Selamat Tinggal, SMK Air Itam
Sejak menjejak kaki di SMKAI mulai 1.1.2000, di sinilah menjadi tempat saya menimba ilmu dan pengalaman. Saya amat terhutang budi kepada semua warga sekolah ini yang selalu memberi kerjasama dan sokongan kepada saya semasa menjalankan tugas saya. Jadi untuk kali terakhir, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Tuan Pengetua, semua guru, staf sokongan, ibubapa serta para pelajar SMKAI kerana memberi satu kenangan manis kepada saya. Semoga Tuhan yang akan membalas jasa tuan/puan. Sebagai seorang manusia biasa, saya juga ingin meminta maaf daripada semua orang kerana sudah pasti selama 9 tahun bekerja di sini ada tersilap kata atau melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan tuan/puan. Selamat maju jaya dan selamat tinggal SMKAI!