Saturday, April 21, 2012

Lawatan AIESEC USM





Local Committee Universiti Sains Malaysia, AIESEC telah melawat sekolah kita pada pagi 20hb April 2012 (Jumaat).

Seramai 7 orang ahli AIESEC USM yang terdiri daripada mahasiswa mahasiswi yang berasal daripada negara Filipin, Vietnam dan Kenya.

Mereka telah mengadakan aktiviti interaksi Cintai Bumi dan Budaya. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh AIESEC telah menarik perhatian pelajar-pelajar.

Pelajar-pelajar yang terlibat ialah pelajar-pelajar daripada tingkatan 2 dan 3. Pelajar-pelajar tersebut menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang aktiviti interaksi.

AIESEC USM berjanji akan melawat ke sekolah kita lagi memandangkan respon positif dan menggalakkan daripada kalangan pelajar.