Sunday, July 1, 2012

Program Cleanathon 2012/2




























Cleanathon 2012 SMK Air Itam dilangsungkan pada 30.06.2012 dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Tujuan Cleanathon 2012 diadakan adalah untuk memungut dana PIBG untuk menjalankan projek penyelenggaran sekolah, Program Hari Anugerah Cemerlang, Program Kelas Tambahan Sekolah dan program-program sekolah yang lain.

Cleanathon ini dimulakan dengan ucapan perasmian Pengerusi PIBG, En Amirruddin bin Abdul Manaf , kemudian diikuti aktiviti bergotong-royong. Selepas makan, acara penyampaian hadiah untuk 3 orang pemungut Cleanathon yang tinggi diadakan di kantin. Cikgu Khor Aik Siew merupakan pemungut Cleanathon yang tertinggi. Hadiah ialah sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy-Y tajaan PIBG SMK Air Itam.

Acara cabutan bertuah dimulakan selepas itu. Hadiah yang pertama - I PAD 2 sumbangan dari Pn Bernadette Tan dimenangi oleh Sdr. Ong Weng Kai ( 1J ). Hadiah kedua - Samsung Tablet sumbangan Jack di menangi oleh Cikgu Goh Sze Chia dan hadiah ketiga – sebuah basikal sumbangan Dr. Arunasala Pandy a/l Karuppusamy ( Pengetua SMK Air Itam ) dimenangi oleh Cikgu Saliza bt Mohd Salleh.

Program Cleanathon tamat dalam suasana yang meriah.