Setelah 55 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui.
Pada awal bulan Julai 1994, Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju melaksanakan projek pembinaan Sekolah Menengah Air itam dengan perbelanjaan sebanyak RM7,861,500.00. Pada bulan Ogos 1994, pihak JKR telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bahawa syarikat Farlim (M) Sdn. Bhd. telah ditawarkan untuk membina Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam.
Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam telah siap dibina pada penghujung tahun 1995 dan pada bulan Disember 1995, Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam dibuka dengan 11 buah kelas (4 kelas Peralihan dan 7 kelas Tingkatan 1) bersama-sama dengan 370 orang pelajar.