Saturday, April 13, 2013

Lawatan Ke Pusat Infogenius



40 orang pelajar dari SMK Air Itam membuat lawatan sambil belajar ke Infogenius pada 11.04.2013 dari pukul 8:30 – 11:30 pagi. Pn Loo Ean Nee, Business Development Manager dari Infogenius memberi taklimat lawatan hari ini. Pelajar-pelajar diagih kepada dua  kumpulan. Mereka melawat ke Pusat Infogenius dengan bergilir-gilir. Selepas itu, roti dan minuman diberi untuk pelajar-pelajar. Kemudian  Ceramah Kemahiran dan Kerjaya diberi oleh Puan Nur Afida bt Jamaluddin,  pensyarah Infogenius memberi penerangan tentang sistem pendidikan di Malaysia dan hala tuju kerjaya untuk pelajar-pelajar. Beliau juga memberi soalan untuk pelajar-pelajar, pelajar-pelajar yang dapat menjawab soalan mendapat sekeping coklat dari Pn Nur Afida.