Saturday, June 29, 2013

Latihan Frog VLE


Tarikh : 29-06-2013(Sabtu)
Masa : 7.30am-1.30pm
Tempat : Bilik Gerakan SMK Air Itam
Aktiviti: Guru-guru diberi pendedahan tentang Persekitaran Pembelajaran Maya dan penggunaan platform Frog VLE dalam P&P.

Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia.Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang.

  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.
  • Meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.
  • Menyokong inisiatif mempromosikan inovasi berteras teknologi.
  • Membentuk pemimpin masa depan berkualiti dengan sokongan pendidikan dan pembelajaran yang mantap.
  • Meningkatkan cara penyampaian pendidikan menerusi penyelesaian pembelajaran Internet bersepadu.

Thursday, June 27, 2013

Ceramah Pengurusan Masa




Pada 10:10 pagi – 12:10 tengah hari, 26.06.2013 pelajar-pelajar Tingkatan 5  SMK Air Itam mengikuti Ceramah Pengurusan Masa di dewan sekolah. En Prakash, Head of Department Business School dari Kolej KDU memberi penerangan tentang kepentingan masa dan cara untuk menguruskannya supaya menggunakan masa dengan lebih efisien. Dengan pengurusan masa yang baik, pelajar-pelajar lebih berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan SPM.

Wednesday, June 26, 2013

Taklimat Smart Reader

 
Taklimat Smart Reader yang dikendalikan oleh En Eric untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 & 5 pada 25.06.2013 di Dewan SMKAI dari 8:40 – 11:10 pagi. En Eric menerangkan tentang perubahan hala pendidikan. Zaman sekarang menitikberatkan interaksi, mobiliti dan fleksibiliti.Jadi  e-Learning merupakan cara belajar yang sesuai.Ibu bapa juga boleh merujuk rekod kemajuan anak-anak. Dalam kontentnya terdapat 700 000 soalan untuk satu topik. Jika jawapan yang diberi oleh pelajar salah, program ini akan menerangkan jawapan yang betul dengan langkah demi langkah. 15 orang pelajar-pelajar Tingkatan 3 dipilih untuk mengikuti Program Score A ini dengan percuma.

Tuesday, June 25, 2013

Monday, June 24, 2013

Persediaan Sebelum Menghadiri Latihan FROG VLE Pada 29-06-13


Untuk menghadiri latihan FROG VLE, guru-guru diminta untuk
 
1.       membawa komputer riba(laptop) sendiri.

2.       membawa wayar sambungan (extension wire).

3.       menginstall  Google  Chrome dalam laptop.

4.       mendapatkan ID  dan Password masing-masing dari  desktop  di bilik  guru.

5.       menyediakan bahan-bahan P&P (soft copy) berdasarkan satu mata pelajaran.

Guru-guru juga digalakkan membawa broadband sendiri .

Sunday, June 23, 2013

Temasya Sukan Tahunan ke -18/3

Slideshow ini mengandungi 30 foto


JOHAN RUMAH SUKAN    :RUMAH HIJAU
               
JOHAN PERBARISAN (BADAN BERUNIFORM) :    BRIGED PUTERA
NAIB JOHAN PERBARISAN       :  BRIGED PUTERI
               
JOHAN PERBARISAN (RUMAH SUKAN)  : RUMAH MERAH
NAIB JOHAN PERBARISAN      : RUMAH KUNING
               
OLAHRAGAWAN KELAS 1    :        ONG JING CHEN
OLAHRAGAWAN KELAS 2    :        SAW ZHU HOU
OLAHRAGAWAN KELAS 3    :        ARVIND PAUL A/L SUBRAMANIAM
               
OLAHRAGAWATI  KELAS 1    :       BAVANI A/P SARAVANAN
OLAHRAGAWATI  KELAS 2    :       RUTHRA DEVI A/P VISVANATHAN
OLAHRAGAWATI  KELAS 3    :       EWE CHEAH MIN
               
OLAHRAGAWAN KESELURUHAN  : ONG JING CHEN
OLAHRAGAWATI KESELURUHAN   : BAVANI A/P SARAVANAN

Saturday, June 22, 2013

Temasya Sukan Tahunan ke -18/2




Tarikh : 22 Jun 2013
Masa : 7.20 Pagi- 12.00 Tengah Hari
Tempat :  Padang Kolej Vokasional Batu Lanchang
Dirasmikan oleh: Arunasala Pandy  a/l Karuppusamy

Temasya Sukan Tahunan ke -18/1


Tarikh : 22 Jun 2013
Masa : 7.20 Pagi- 12.00 Tengah Hari
Tempat :  Padang Kolej Vokasional Batu Lanchang
Dirasmikan oleh: Arunasala Pandy  a/l Karuppusamy

Ceramah Cybersafe

Tarikh :19 Jun 2013
    Masa : 11.30a.m. - 12.00pm
Tempat : Dewan SMKAI
Pelajar Terlibat :Tingkatan 3

Friday, June 21, 2013

Pemuliharaan Alam Sekitar

Pelajar –pelajar Tingkatan 3 & Tingkatan 4 menghadiri Program Pemuliharaan Alam Sekitar pada 19.06.2013 dari 10.30-11.30 pagi di dewan sekolah. En Azizan Aziz dari Boh Tea Plantation memberi ceramah tentang kepentingan hutan dan cara untuk membantu dalam pemuliharaan hutan. Kemudian sesi soal jawab dijalankan. Pelajar yang dapat menjawab soalan mendapat hadiah. Pada akhir program, semua pelajar yang menghadiri program mendapat setin Teh Boh Ais. Program ini sangat baik kerana memberi kesedaran penjagaan alam sekitar kepada pelajar-pelajar.