Hari Laut Sedunia disambut pada 8 Jun setiap tahun untuk mendedahkan kepada
masyarakat tentang kepentingan laut dan sumbangan laut kepada kehidupan
seharian.
Selain itu, sambutan Hari Laut Sedunia ini juga dapat memberi peluang kepada
masyarakat untuk terlibat secara langsung dalam melindungi alam sekitar. Jabatan
Taman Laut Malaysia (JTLM) merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang bertindak
dalam memulihara dan melindungi biodiversiti marin.