Bengkel
‘Jom Pergi Ke Sekolah’ diadakan di Dewan Sekolah SMK Air Itam pada 24.09.2013 dari
pukul 10:10 – 12:10 tengah hari. Seramai 65 orang pelajar-pelajar dari
Tingkatan 2 & Tingkatan 4 menyertai bengkel ini.Tujuan bengkel ini adalah
untuk membantu pelajar-pelajar supaya suka datang ke sekolah dan menjadi
pelajar yang cemerlang. Bengkel ini diuruskan oleh En Md. Anwar bin Mohshed
Ali, Training Manager AUCMS. Beliau menggunakan cara hipnoterapi untuk membuka
minda pelajar supaya suka datang ke sekolah.
Pada awal bulan Julai 1994, Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju melaksanakan projek pembinaan Sekolah Menengah Air itam dengan perbelanjaan sebanyak RM7,861,500.00. Pada bulan Ogos 1994, pihak JKR telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bahawa syarikat Farlim (M) Sdn. Bhd. telah ditawarkan untuk membina Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam.
Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam telah siap dibina pada penghujung tahun 1995 dan pada bulan Disember 1995, Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam dibuka dengan 11 buah kelas (4 kelas Peralihan dan 7 kelas Tingkatan 1) bersama-sama dengan 370 orang pelajar.