KANGAR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
(KPPK) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang
didapati amat membebankan 400,000 guru di negara ini.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, guru yang selama ini dibebani
tugasan yang banyak kini terpaksa berdepan pula dengan PBS
sekali gus menjadikan bebanan golongan itu terus meningkat.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Hashim berkata,
prestasi guru turut dinilai melalui PBS, dan sistem akses yang
sering terganggu menyebabkan kebanyakan guru tidak cukup
tidur kerana ingin memasukkan data bagi memastikan mereka
diberi penilaian sempurna.

Justeru, beliau berkata, mesyuarat Exco KPPK baru-baru ini memutuskan untuk menggesa Kementerian Pendidikan
memansuhkan sistem itu, yang diperkenal pada 2011.

"Sepatutnya PBS dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai
perintis untuk menilai keberkesanannya, dan bukan terus dilaksanakan
di seluruh negara," katanya pada sidang media yang turut dihadiri
Timbalan Presiden KPPK Tey Meng Seng dan Setiausaha Agung
KPPK Lok Yim Pheng.

Beliau turut menyifatkan PBS sebagai sebuah kereta baharu yang
kelihatan cantik namun pemandunya tidak boleh menggerakkan
kenderaan itu kerana ketiadaan tayar.