Thursday, January 30, 2014
Wednesday, January 29, 2014
Kemudi PPPM di landasan betul
Putrajaya: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 kini berada
di landasan betul untuk mencapai sasaran hasil perancangan teliti dan pemantauan
berterusan di setiap peringkat bermula dari Pengurusan Tertinggi dan
pelaksana.
Malah, Pelan ini juga boleh berjaya sekiranya semua pihak faham dan melaksanakan peranan masing-masing untuk memastikan ekosistem pembelajaran yang menyeluruh bagi melahirkan murid berkualiti.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Datuk Dr Amin Senin berkata, terdapat 100 inisiatif yang akan dilaksanakan sepanjang 12 tahun PPPM yang dibahagikan kepada beberapa gelombang.
Katanya, pertama sekali soal pengurusan apabila setiap inisiatif yang dirancang mesti ada penerajunya, bermaksud Bahagian di Kementerian sudah diberi tanggungjawab untuk menerajui beberapa inisiatif yang dirancang.
“Merekalah yang akan melihat secara langsung bagaimana inisiatif itu dapat dilaksanakan dari peringkat Kementerian hingga sekolah.
“Paling penting pemantauan kami cukup teliti, setiap minggu peneraju akan melaporkan adakah inisiatif sudah dilaksanakan mengikut perancangan. Kita juga telah menetapkan sistem pemantauan yang lebih berkesan bagi inisiatif utama di mana laporan disediakan setiap minggu dan diteliti oleh Pengurusan Tertinggi. Dashboard ini menggunakan kod warna bagi penentuan inisiatif yang perlu diberi sokongan dan bantuan.
“Pada masa sama, kita juga ada penanda aras, iaitu perkara pokok mesti dicapai seperti ditetapkan. Kita akan laporkan kepada menteri, pemantauan juga dilaksanakan dan ini merujuk kepada Indeks Prestasi Utama (KPI) setiap inisiatif itu,” katanya.
Amin berkata, setiap inisiatif itu juga perlu dipastikan dapat dicapai tanpa sebarang halangan sama ada soal kewangan, pentadbiran dan sumber manusia, malah semua isu atau masalah yang timbul akan diselesaikan dalam mesyuarat mingguan bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian.
Beliau turut menjelaskan 100 inisiatif yang dirangka akan sentiasa dikaji mengikut kesesuaian serta keperluan semasa.

Monday, January 27, 2014
Saturday, January 25, 2014
PROGRAM MAULIDUR RASUL
Tarikh
|
: 25 Januari 2014
|
Masa
|
: 8.00 Pagi – 1.05 Petang
|
Aktiviti
|
: Program Maulidur Rasul
|
Tempat
|
: Dataran dan Dewan SMK Air Hitam
|
Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majis iaitu Pn. Masitoh
dan diringi dengan bacaan doa dan selawat ke atas Nabi oleh
Ustaz Helmi. Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Baharuddin,
beliau merupakan Pengerusi Masjid Bandar Baru Air Itam.
Program ini di hadiri oleh semua pelajar dan guru Sekolah ini.
Sambutan Program ini merupakan program tahunan sekolah dan
tema bagi program ini ialah “Sunnah Pencetus Qudwah Islam” .
Thursday, January 23, 2014
Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam
40 orang pelajar SMK Air Itam melawat Karnival
Kerjaya Perkhidmatan Awam di Dewan Sri Pinang pada 22.01.2014 dari pukul 9:30
pagi hingga 2:30 petang. Terdapat banyak kaunter perkhidmatan awam di karnival
kerjaya seperti polis, bomba, agensi anti dadah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia, Pertahanan Awam , penerangan, angkatan tentera. Kemudian
pelajar-pelajar menghadiri taklimat kerjaya oleh En Abdul Fatah Mohd Pilus, Penolong Setiausaha
Surahanjaya Perkhidmatan Awam. Pelajar-pelajar didedahkan jawatan yang terdapat
di perkhidmatan awam. En Abdul Fatah juga memberi tips temuduga.
Pelajar-pelajar berasa seronok mendapat informasi tentang perkhidmatan awam.
Aktiviti Reka Tanglung
Persatuan Buddha SMK AIR ITAM telah menganjurkan
Aktiviti Reka Tanglung dengan ang pow
sempena Tahun Baru Cina pada 22hb Januari
2014, 130petang.Ramai peserta telah menunjukkan
kreativiti dan kebolehan yang tinggi.
Wednesday, January 22, 2014
Hari Rekrutmen Pelajar Tingkatan 1
Hari : Rabu
Tarikh : 22/01/2014
Tempat : Dewan SMK Air Itam
Masa : 1.30 petang - 4.00 petang
Objektif :
Program Hari Rekrumen ini di adakan bagi memberi peluang kepada para pelajar Tingkatan satu dan Peralihan memilih Badan Beruniform yang bersesuaian dengan minat mereka. Program ini di rasmikan oleh Pengetua SMK Air Itam, Dr Arunanasala Pandy. Selain memberi pendedahan kepada para pelajar untuk memilih Unit Beruniform , program ini dapat membentuk kerjasama antara ahli dalam satu-satu unit.
Setiap Unit beruniform seperti Briged Putra, Briged Putri, St John Ambulans, Kadet Polis, Kadet Pertahanan Awam, Puteri Islam dan sebagainya perlu memberi penerangan mengenai Unit mereka kepada para pelajar sekali gus berusaha menarik perhatian pelajar agar memasuki unit mereka
Makluman Kepada Waris--Cuti Berganti
Sukacita dimaklumkan bahawa 25.01.2014
(Sabtu) ialah hari
persekolahan bagi menggantikan Cuti Ganti pada 3 Feb 2014,
jadual waktu hari Sabtu ini adalah mengikut hari Isnin.
Masa Persekolahan dari 7.20am-1.05pm.
Sehubungan itu,diminta semua ibu bapa dan penjaga maklum
akan hal ini dan menguruskan pengangkutan anak masing-masing.
Kerjasama dari pihak tuan/puan , saya dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Pengetua
SMK AIR ITAM

Tuesday, January 21, 2014
Ceramah Forensic Science
Cik Amirah bt Che Ahmad , Forensic Scientist dari AUCMS memberi ceramah tentang ‘CSI ’kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5S1 & 5S2 SMK Air Itam pada 20.01.2014 dari pukul 10:10 -12:10 tengah hari di Dewan Sekolah SMK Air Itam. Beliau memberitahu Science + Application of Love= Forensic Science. Beliau menerangkan disiplin sains forensic . beliau juga mengingatkan pelajar-pelajar supaya berwaspada tentang kes jenayah yang berlaku di sekeliling kita.
Mesyuarat Pentadbiran dan Kewangan
Semua Ketua Bidang, Ketua Panitia dan AJK Kurikulum dikehendaki menghadiri mesyuarat seperti berikut :
Tarikh : 23 Jan 2014 (Khamis)
Masa : 1.15 ptg
Tempat : Bilik Gerakan
Sekian, terima kasih.
Tarikh : 23 Jan 2014 (Khamis)
Masa : 1.15 ptg
Tempat : Bilik Gerakan
Sekian, terima kasih.
Monday, January 20, 2014
Ceramah ‘Master Your Own Life’
En Sanique Lim, Penceramah dari Kolej Inti memberi
ceramah tentang ‘Master Your Own Life’ kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK
Air Itam pada 16.01.2014 dari pukul 10:10 -11:55 pagi di Dewan Sekolah SMK Air
Itam. Beliau meberitahu pelajar tentang
kepentingan membuat keputusan dan cara untuk membuat pilihan di antara
banyak pendapat dan membuat keputusan yang tepat dan betul. Beliau juga memberi
permainan ‘ThumbWrestling’ untuk menguji kemahiran membuat pilihan dan
keputusan. Pelajar-pelajar gembira mengikuti ceramah dan yakin untuk membuat
pilihan dan keputusan pada masa kelak.
Saturday, January 18, 2014
Friday, January 17, 2014
Wednesday, January 15, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)