Monday, June 30, 2014
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM PADI, GUNUNG KERIANG DAN MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG, MERBOK DI KEDAH
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM PADI DAN MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG, KEDAH ANJURAN KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH BERSAMA KELAB PENDIDIKAN SENI, KELAB ORKESTRA CINA, KELAB PING PONG (PTG) DAN KELAB PENGGUNA PADA 28 JUN 2014
Ceramah Kenalilah Ubat Anda
Cik Yong Siew Mee, Pegawai Farmasi dari Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut memberi Ceramah Kenalilah Ubat Anda pada 27.06.2014 dari pukul 9:30 pagi – 10:30 pagi di dewan sekolah untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4. Beliau juga menerangkan jenis-jenis ubat kepada pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar gembira mendapat pengetahuan ini
Ujian Minda Sihat
Pada 27.06.2014 pukul 8:05 pagi – 9:05 pagi, Cik
Khor Aik Siew, Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah mengadakan Ujian Minda
Sihat untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 SMK Air Itam di dewan sekolah. Pada
mulanya, Cik Khor menerangkan apa itu ujian saringan dass dan soal selidik gaya
daya tindak. Kemudian pelajar-pelajar diberi masa 1 jam untuk
menyiapkannya.
Bengkel Motivasi Kemahiran Belajar
Pada 26.06.2014 dari pukul 11:00 pagi – 1:00 petang
, En Erroy Tan dan 5 orang fasilitator dari Kolej PTPL mengadakan Bengkel
Motivasi Kemahiran Belajar untuk pelajar-pelajar Cina & India Tingkatan 2
di dewan sekolah. Beliau memulakan permainan HiHa sebagai ice-breaking.
Kemudian aktiviti hantaran mesej telefon dan hantaran bola ping pong dengan
lidi satay dijalankan. Pelajar-pelajar bergembira menjalankan aktiviti sambil
dapat belajar kemahiran belajar. Kumpulan 6 menjadi pemenang dalam bengkel ini
dan mendapatkan hamper.
Thursday, June 26, 2014
Art & Creative Thinking Workshop
Cik Kathy dari The One Academy mengendalikan
Art& Creative Thinking Workshop untuk ahli-ahli Kelab Pembimbing Rakan
Sebaya dan Kelab Seni SMK Air Itam pada 25.06.2014 dari pukul 1:30 – 3:30
petang di bilik Seni sekoloah. Beliau melatih pelajar-pelajar berfikiran
kreatif dan mengajar pelajar-pelajar untuk membuat flip book animation.
Pelajar-pelajar gembira dapat belajar membuat flip book animation.
Bengkel Teknik Pembelajaran
Pn Sin Gin Chooi dari Kolej PTPL mengendalikan
Bengkel Teknik Pembelajaran untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Air Itam pada
25.06.2014 dari pukul 10:10 – 12:10 tengah hari di dewan sekolah. Beliau juga
memperkenalkan teknik i-think seperti peta-peta yang berlainan untuk membantu
dalam pembelajaran seperti bubble map, flow map dan lain-lain lagi.
Pelajar-pelajar berkeyakinan untuk menghadapai
peperiksaan SPM.
Subscribe to:
Posts (Atom)