Pada 26.06.2014 dari pukul 11:00 pagi – 1:00 petang
, En Erroy Tan dan 5 orang fasilitator dari Kolej PTPL mengadakan Bengkel
Motivasi Kemahiran Belajar untuk pelajar-pelajar Cina & India Tingkatan 2
di dewan sekolah. Beliau memulakan permainan HiHa sebagai ice-breaking.
Kemudian aktiviti hantaran mesej telefon dan hantaran bola ping pong dengan
lidi satay dijalankan. Pelajar-pelajar bergembira menjalankan aktiviti sambil
dapat belajar kemahiran belajar. Kumpulan 6 menjadi pemenang dalam bengkel ini
dan mendapatkan hamper.