Tuesday, August 26, 2014

Kem Pemantapan Kepimpinan dan Kesihatan 2014














Dua orang pelajar, Pang Juin Yu & Nur Shaheenaz bt Nazim menyertai Kem Pemantapan Kepimpinan dan Kesihatan 2014 di Pusat  Sukan Air Telok Kumbar dari 19 – 21.08.2014. Dalam kem ini, ceramah kesihatan diadakan untuk mengukuhkan konsep kesihatan dikalangan pelajar. Ceramah Komuniksi membolehkan para pelajar dapat berkomunikasi dengan baik. Ceramah Kemahiran Membuat Keputusan untuk memberi pengalaman yang baru bagi pelajar untuk menjalankan mesyuarat dan membuat keputusan. Di samping ceramah, Team Building ( Explorace) juga diadakan untuk mencabar daya ketahanan dan semangat berpasukan para pelajar.Bengkel Moral untuk pelajar yang bukan Islam membolehkan mereka memupuk nilai dan sikap moral semasa menjalankan aktiviti dan mementingkan menghormati ibu bapa dan orang tua. Pelajar-pelajar dapat mengenang budi dan mengucapkan terima kasih. Malam kebudayaan mencungkil bakat pelajar. Kem ini sangat berjaya kerana para pelajar dapat bercampur-gaul di antara satu ama lain tanpa mengira kaum, bangsa , agama dan jantina. Mereka bekerjasama, bertoleransi menuju kejayaan kumpulan masing-masing.