Pelajar-pelajar Tingkatan 2 SMK Air Itam seramai 38 orang
membuat Eksplorasi Warisan- Jejak Warisan Kebudayaan
yang dianjurkan oleh George Town World Heritage Inc.
pada 27.09.2014. Pelajar-pelajar dibawa ke Masjid
Kapitan Keling, Tokong Guan Yin , Masjid Melayu
Acheh dan St. George Church. Kemudian murid-murid
diminta melukiskan peta jalan yang dilalui oleh mereka.
Pelajar-pelajar gembira menyertai eksplorasi dan mereka
mendapatkan banyak pengetahuan sejarah.