Friday, February 24, 2017

Larian Merentas Desa 2017 / 1

























HARI : JUMAAT

MASA : 7.20- 11.30 PAGI

KAWASAN : DAERAH FARLIM

Pada 24-02-2017 SMK Air Itam telah menjalankan Aktiviti Larian Merentas Desa  dengan jayanya. Penglibatan pelajar sangat menggalakkan ,guru-guru dan kakitangan serta semua pihak yang terlibat telah menjalankan tugas dengan baik.

Pada 7.20 pagi, pelajar berkumpul di dataran.Senamrobik dan aktiviti memanaskan badan dibimbing oleh En Wan Mohd Hamimi Bin W Hussin.Para pelajar dikawal oleh petugas-petugas check point, marsyal, hakim dan guru disiplin dengan ketat. Keselamatan para pelajar sepanjang larian ini terjaga dengan baik.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang sudi menjayakan Larian Merentas Desa SMK Air Itam 2017 dengan jayanya.