Murid-murid Tingkatan 1 dan ahli-ahli Kelab SLAD mengikuti ceramah
penyalahgunaan dadah pada 10.07.2017 dari 11:00 -12:30 petang di dewan sekolah.Ceramah Penyalahgunaan Dadah dikendalikan oleh
Pn Irdawati Abd Hamid dari AADK TL.Beliau menerangkan jenis-jenis dadah.
Pada awal bulan Julai 1994, Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju melaksanakan projek pembinaan Sekolah Menengah Air itam dengan perbelanjaan sebanyak RM7,861,500.00. Pada bulan Ogos 1994, pihak JKR telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bahawa syarikat Farlim (M) Sdn. Bhd. telah ditawarkan untuk membina Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam.
Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam telah siap dibina pada penghujung tahun 1995 dan pada bulan Disember 1995, Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam dibuka dengan 11 buah kelas (4 kelas Peralihan dan 7 kelas Tingkatan 1) bersama-sama dengan 370 orang pelajar.