Tarikh : 26 Ogos 2017
Tempat : Rumah Orang Tua Uzur Pulau Pinang
Masa : 8.00pagi – 11.00 pagi
Jumlah Pelajar/ Guru : 40 orang pelajar/5 orang guru
Anjuran : Briged Putera, Persatuan Ping Pong dan Kelab Orkestra Cina
Pada awal bulan Julai 1994, Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju melaksanakan projek pembinaan Sekolah Menengah Air itam dengan perbelanjaan sebanyak RM7,861,500.00. Pada bulan Ogos 1994, pihak JKR telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bahawa syarikat Farlim (M) Sdn. Bhd. telah ditawarkan untuk membina Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam.
Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam telah siap dibina pada penghujung tahun 1995 dan pada bulan Disember 1995, Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam dibuka dengan 11 buah kelas (4 kelas Peralihan dan 7 kelas Tingkatan 1) bersama-sama dengan 370 orang pelajar.