Wednesday, June 26, 2019
Frog VLE and Pelan Data Guru Akan Diteruskan Selepas 30 Jun 2019
Fasa 2 Projek 1BestariNet akan tamat pada 30 Jun 2019. Pihak kami telah mendapat banyak persoalan tentang akses Frog VLE selepas 30 Jun 2019. Pihak kami difahamkan berkemungkinan akan terdapat tempoh sehingga 6 bulan bagi pihak KPM membuka tender baharu untuk fasa seterusnya.
Sehubungan dengan itu, FrogAsia amat prihatin terhadap keadaan di mana semua sekolah akan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun. Pihak kami juga amat menghargai segala usaha sekolah dalam mencipta dan memuatnaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran dalam Frog VLE, serta keaktifan pihak sekolah dalam menggunakan pelantar ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan membudayakannya di sekolah.
Frog VLE
Oleh itu kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Frog VLE masih berjalan dan tersedia seperti biasa selepas 30 Jun 2019. Semua pengguna masih boleh menggunakan username dan password masing-masing.