Friday, May 22, 2020

Pendaftaran SPM (Persendirian) & SPM (Ulangan) 2020


PENDAFTARAN SPM (PERSENDIRIAN) & SPM (ULANGAN) 2020

Untuk makluman kepada calon-calon yang telah mendaftar secara atas talian bagi Pendaftaran SPM (Persendirian) dan SPM (Ulangan) bagi tahun 2020, penghantaran dokumen seperti salinan kad pengenalan, salinan keputusan SPM terkini dan bayaran perlu dihantar selewat-lewatnya 29 Mei 2020 (Jumaat). Penghantaran wajib dilakukan bagi membolehkan pengesahan pendaftaran calon dibuat. Dokumen dan bayaran tersebut perlu dihantar ke Sektor Pentaksiran Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh Downing, George Town, Pulau Pinang.
Pejabat kami beroperasi pada tarikh 27 Mei 2020 hingga 29 Mei 2020. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini sila hubungi 04-2631472.