Tuesday, March 5, 2013

Kem Briged Putera & Briged Puteri


Tarikh : 2 March 2013
Masa : 7 pagi – 6.30 petang
Tempat : SMK Air Itam
Anjuran : Briged Putera & Briged Puteri
Tujuan : Mengeratkan hubungan antara ahli Briged Putera dan Briged Puteri.

Monday, March 4, 2013

Lawatan ke Pameran Pendidikan IPTS


32 orang pelajar-pelajar dari 5S1 & 5S2 SMK Air Itam membuat lawatan ke Pameran Pendidikan IPTS SMJK Chung Ling Pulau Pinang pada 01.03.2013 dari pukul 9:00 - 11:30 pagi.
Pelajar-pelajar mendapat banyak informasi yang diperlukan seperti syarat kelayakan minima, bayaran yuran, penginapan dan  kursus yang ditawarkan.

Saturday, March 2, 2013

Taklimat Ujian Psikometrik


Tarikh : 27.02.2013
Masa: 1.10pm-2.10pm (guru pagi),

            12:00 pm– 1:00 pm (guru petang)
Tempat : Bilik Gerakan

Cik Choo Poh Lean, PK Hem SMK Air Itam memberi taklimat tentang Ujian Psikometrik untuk semua guru di SMK Air Itam, ujian tersebut  akan diadakan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 & 2. Beliau memberi penerangan tentang Inventori Tret Personaliti dan Inventori Minat Kerjaya kepada guru-guru. Kemudian guru-guru juga menjalankan Ujian Psikometrik iaitu Inventori Tret Personaliti dan Inventori  Minat Kerjaya. Lepas itu, Cik Choo memberi taksiran dan guru-guru dapat memahami personaliti dan minat kerjaya diri dengan lebih mendalam.

Demo Memasak dan Ceramah Makanan Lazat Kehidupan Sihat


Pelajar-pelajar Tingkatan 3 mengikuti Demo Memasak dan Ceramah Makanan Lazat Kehidupan Sihat oleh En Mohd Fandhi bin Ramli dari Aji-No-Moto di dewan sekolah SMK Air Itam pada 27.02.2013 dari pukel 10:10 hingga 11:50 pagi. Beliau memberi penerangan tentang cara deria umami, glutamat ( sejenis asid amino yang boleh ditemui di kebanyakan makanan semulajadi) dan kebaikan Aji-No-Moto. Chef Elia juga menunjuk cara untuk memasak telur dadar dan spaghetti. Pelajar-pelajar diberi sampel dan  minuman sup cendawan  percuma. Pelajar yang dapat jawab soalan kuiz juga diberi hadiah Aji-No-Moto. Ceramah dijalankan dalam suasana meriah dan seronok.


Friday, March 1, 2013

Ceramah Teen’s Mental Health


Cik Thong Siew Cheng, Head of School Centre for Foundation Studies dari   Kolej PTPL,  Pulau Pinang memberi ceramah tentang Teen’s Mental Health untuk ahli-ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya pada 27.02.2013 di Bilik Pusat sumber dari pukul 1:30 – 3:00 petang. Beliau memberitahu masalah yang dihadapi oleh anak remaja sekarang.Cik Thong mengajar ahli-ahli Kelab PRS bersenam dan makan jenis makanan yang betul untuk mengatasi masalah.Beliau juga memberi pengetahuan tentang masa yang sesuai untuk makan dan peraturan semasa makan. Cik Thong juga memberi tips untuk makan dengan betul dan menjadi sihat.

Persatuan Seni

Tarikh : 27.02.2013
Masa: 1.30pm-3.00pm
Tempat : Dewan SMKAI
20 orang pelajar hadir.
2 orang guru penasihat : Pn. Chew Teng Teng dan Cik Mazlizawati
Ceramah oleh pensyarah dari Kolej KDU, "The Power of Sketching".
Pensyarah utama: Syed Fahmi Syed Abdul Rahman
Aktiviti dijalankan oleh 4 orang pensyarah : melakar dan melorek objek