maklumat lanjut www.studyexcel,com atau email
penang @studyexcel.com
Friday, July 5, 2013
Resume Writing & Interview
Pada
03/07/2013 Joyce Lee Career Advisor dari
Study Excel berada di dewan sekolah
bersama pelajar-pelajar tingkatan 5S1
dan 5S2 untuk memberi ceramah tentang Resume Writing & Interview
Session. Tujuan ceramah adalah untuk mendedahkan cara dan kepentingan menulis resume serta
aspek-aspek persediaan sebelum
dan semasa interview. Pelajar-pelajar
boleh melayani laman web berikut untuk
Thursday, July 4, 2013
Lawatan Sambil Belajar Ke One Academy
Pelajar-pelajar 5S1, 5S2 dan ahli-ahli Kelab
Seni SMK Air Itam membuat lawatan sambil belajar ke The One Academy pada
01.07.2013 dari pukul 9:00 – 12:30 tengah hari. Pelajar-pelajar dibawa Kampus
Tour oleh Cik Cindy dan En Lim Wei Ping , kaunselor-kaunselor The One Academy.
Bengkel Anti Dadah
11 orang pelajar-pelajar dari Universiti Tzu Chi,
Taiwan mengadakan Bengkel Anti Dadah untuk pelajar-pelajar Tingkatan Peralihan
dan Tingkatan 1 SMK Air Itam pada 01.07.2013 dari 3:45 – 6:30 petang di Dewan
SMK Air Itam. Mula-mula pelajar-pelajar diberi kuiz untuk menguji tahap
kefahaman pelajar-pelajar terhadap dadah. Pelajar-pelajar diberi remote control untuk menekan jawapan
dengan betul. Kemudian pelajar-pelajar
Universiti Tzu chi menerangkan tentang bahayanya dadah dan jenis-jenis dadah
dan cara untuk mengawalnya. Satu uji kaji menggunakan kertas aluminium
diberikan kepada 4 orang pelajar untuk mengetahui kesan menghisap dadah.
Tayangan gambar diberikan untuk mengisahkan kes sebenar seorang penagih dadah.
Pada akhir bengkel, kuiz diadakan untuk menguji sekali tahap kefahaman
pelajar-pelajar terhadap dadah. Bengkel ini sangat berjaya dan membawa banyak
pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar.
Lawatan Sambil Belajar ke Perlis
Pinhole Camera Workshop
Tarikh:
24 – 30 June 2013
Tempat:
Camera Museum, Jalan Muntri
Georgetown
Aktiviti:
‘Pinhole Camera Workshop’ Anjuran
Ecocentric
Transitions
Transitions
Objektif:
I) Memberi ruang kepada para
pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran
Sains dan Matematik secara kritis dan kritikal untuk membina kamera
daripada bahan kitar semula
II) Mendedahkan pelajar
kepada kemahiran berkomunikasi dan pengurusan melalui aktiviti-aktiviti
kumpulan
III) Sebagai
platform kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam projek Festival
Georgetown yang akan mendedahkan mereka kepada kemahiran untuk melibatkan
masyarakat awam
Subscribe to:
Posts (Atom)













