Lawatan Sambil Belajar ke Perlis
Ahli-ahli
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya SMK Air Itam bersama kelab-kelab lain membuat
lawatan sambil belajar ke Perlis pada 29.06.2013 ( Hari Sabtu ). Mereka berkunjung ke Padang Besar. Ahli-ahli PRS
bergembira dapat membeli baju T dan gajus dengan harga yang lebih murah
daripada Pulau Pinang. Lepas itu, mereka
pergi melihat burung unta. Pelajar-pelajar puas menjamu selera di Gua Kelam. Mereka melihat bentuk-bentuk batu yang ganjil dan cantik,
mendengar bunyi air terjun yang memberi ketenteraman hati. Ahli-ahli PRS juga
melawat ke Tasik Melati yang indah permandangannya.