Tuesday, April 24, 2012
Monday, April 23, 2012
POWER CHEF COMPETITION 2012
TARIKH : 21 APRIL 2012
MASA : 8.00 PAGI – 4.00 PETANG
TEMPAT : KOLEJ KDU, PENANG.
ANJURAN : KOLEJ KDU, PENANG.
Tahun ini merupakan tahun ke-5 pasukan SMKAI talah mengambil bahagian dalam Pertandingan Power Chef. Sekolah telah menghantar seramai 2 pasukan iaitu
1.) Bintang Geo
· Nur Izzati bt. Mohd. Ridzuan (5G)
· Noor Faridah Lim bt. Muhammad Ridzuan Lim (5G)
2.) Impian Geo
· Nur Izzah bt.Mohd. Ridzuan (5G)
· Nur Dini Sakinah bt. Halilludin (5G)
Seramai 20 buah sekolah dan 51 pasukan telah menyertai pertandingan ini.
Pada tahun ini, pelajar hanya diminta untuk menghias kek selama 1 ½ jam dan 10 pasukan telah dipilih sebagai pemenang. Pasukan sekolah kita hanya mendapat sijil penyertaaan tetapi para pelajar telah berusaha bersungguh-sungguh.
2 orang pelajar kita juga telah menyertai penyusunan bun coklat terpanjang yang telah diiktiraf oleh Malaysian Book of Records. Mereka telah membantu menyusun 5500 bun yang panjangnya 530 m.
Secara keseluruhannya, para pelajar telah mendapat pengalaman yang baru pada tahun ini.
Saturday, April 21, 2012
PERTANDINGAN PESTA PANTUN KELOMPOK M I
Pada 18 April 2012, SMK Air Itam telah menjadi Tuan Rumah Pertandingan Pesta Pantun Kelompok M1.Sebanyak lima buah sekolah telah mengambil bahagian iaitu SMT Tunku Abdul Rahman Putra, SMK Hj Zainul Abidin, SMKA(L) AlMashoor, SMK Tanjung Bungah dan SMK Air Itam. Pertandingan ini telah dijalankan dalam 3 pusingan mengikut format pertandingan yang telah ditetapkan. Para pengadil terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dari Kelompok M2 dan M3. Dalam pertandingan Pesta Pantun kali ini, SMK Air Itam telah muncul sebagai Naib Johan manakala Johan pertandingan ini dimenangi oleh SMKA(L) Almashoor.
Lawatan AIESEC USM
Friday, April 20, 2012
Pameran Informasi Pendidikan & Kerjaya Pulau Pinang
Pelajar-pelajar Tingkatan 5A2, 5G, 5P1 & 5P2 membuat lawatan ke Pameran Informasi Pendidikan & Kerjaya Pulau Pinang Tahun 2012 pada 19.04.2012 dari pukul 10.00 hingga 12.00 tengah hari di Kompleks Lembaga Tabung Haji Bayan Lepas. Pelajar-pelajar mendapat informasi tentang kelayakan minima untuk kursus tertentu dan pendedahan tentang tawaran kursus-kursus di universiti dan kolej swasta. Di samping itu, mereka juga dapat peluang untuk menjalankan ujian psikologi yang dianjurkan oleh Majlis Guru Kaunseling Pulau Pinang.





