Sunday, November 10, 2013

KPPK gesa Kementerian Pendidikan mansuh PBS

KANGAR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
 (KPPK) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan 
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang 
didapati amat membebankan 400,000 guru di negara ini.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, guru yang selama ini dibebani
 tugasan yang banyak kini terpaksa berdepan pula dengan PBS 
sekali gus menjadikan bebanan golongan itu terus meningkat.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Hashim berkata,
 prestasi guru turut dinilai melalui PBS, dan sistem akses yang
 sering terganggu menyebabkan kebanyakan guru tidak cukup
 tidur kerana ingin memasukkan data bagi memastikan mereka
 diberi penilaian sempurna.

Justeru, beliau berkata, mesyuarat Exco KPPK baru-baru ini memutuskan untuk menggesa Kementerian Pendidikan 
memansuhkan sistem itu, yang diperkenal pada 2011.

"Sepatutnya PBS dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai
 perintis untuk menilai keberkesanannya, dan bukan terus dilaksanakan
 di seluruh negara," katanya pada sidang media yang turut dihadiri
 Timbalan Presiden KPPK Tey Meng Seng dan Setiausaha Agung 
KPPK Lok Yim Pheng.

Beliau turut menyifatkan PBS sebagai sebuah kereta baharu yang
kelihatan cantik namun pemandunya tidak boleh menggerakkan 
kenderaan itu kerana ketiadaan tayar.

Thursday, November 7, 2013

Lawatan Sambil Belajar ke Despark Auto Academy




Pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Air Itam membuat lawatan sambil belajar ke Despark Auto Academy pada 06.11.2013 dari pukul 8:30 – 12:30 tengah hari. En Izad bin Idris, Senior Trainer dari Despark Auto Academy menerangkan infrastruktur yang terdapat di Despark Auto Academy . Beliau juga  membawa pelajar pergi ke bengkel untuk melihat kerja praktikal pelajar- pelajar Despark Auto Academy.

Program Motivasi oleh USM



Program Motivasi oleh USM diadakan pada 31.10.2013 di Bilik Kokurikulum sekolah. Program ini dimulakan pada 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari. Pelajar-pelajar 2C, 2D dan 2J mengikuti program ini. Program ini dimulakan dengan ucapan Cik Choo Poh Lean, PK Hem SMK Air Itam kemudian diikuti oleh ucapan En Muhammad Izdham bin Roszlan, Pengarah Projek. Pelajar-pelajar diagih kepada kumpulan mengikut bulan kelahiran mereka. Ceramah tentang masyarakat dan vandalism oleh En Muhammad Izdham . Setelah itu, aktiviti teka gaya dimulakan.  Kumpulan  3 menjadi johan. Seterusnya ada kumpulan pergi menceriakan  sudut bacaan di kantin, ada pelajar yang  melukis kain rentang, ada yang  menceriakan papan  kenyataan. Hasil kerja pelajar sangat memuaskan.

Thursday, October 31, 2013

Wednesday, October 30, 2013

Tuesday, October 29, 2013

Bengkel Robotic Dan Manicure

 
 


20 orang pelajar Tingkatan 3 SMK Air Itam menyertai Bengkel Robotic
Dan Manicure daripada DIY Training Centre pada 25.10.2013 dari 
pukul 7:30 – 12:30 tengah hari di Perpustakaan Sekolah.En Hayden 
Khor dan En H’ng Kai Lik mengajar pelajar-pelajar lelaki cara  dan
panduan untuk membina robot manakala Cik Suyi Tan mengajar 
pelajar-pelajar perempuan cara untuk melukis corak atas kuku jari
atau tangan seperti bunga,anggur, ikan dan sebagainya.


Jamuan Akhir Tahun 2013